GBG1M ialah singkatan kepada Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia. Shahrul Nasrun pula ialah Presiden kepada gerakan ini. Adira pula dikatakan semakin rapat dengan Shahrul sehingga timbul cerita yang kononnya mereka berdua akan bertunang dan seterusnya mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Gosip ini timbul gara-gara sekeping gambar yang telah dikongsi oleh Ezuwan Ismail, seorang pereka baju tempatan. Dengan caption berbunyi “Baru selesai berbincang dengan Adira dan Shahrul persediaan untuk..“, sudah tentu akan wujud pelbagai andaian. Namun Adira menafikan yang dia dan Shahrul akan bertunang. Kata Adira:-
Nak tergelak saya apabila orang kata kami akan bertunang dan nak berkahwin. Mana ada, kami baharu saja kenal. Peliklah apabila masih ada segelintir individu yang membuat spekulasi dan andaian tanpa usul periksa.
Kami masih mengenali diri masing-masing. Belum serius, tetapi melihatkannya cukup serius dalam kerja dan sering membantu golongan yang susah membuatkan saya tertarik dengannya.
Baju sedondon yang ditempah oleh Adira dan Shahrul adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan Ezuwan Ismail di Kelantan pada Hari Raya ketiga kelak. Oleh kerana Shahrul adalah orang Kelantan, Adira akan turut sama beraya bersama Shahrul dan keluarganya di sana kelak.
Kalau dah pakai baju sedondon, raya pun bersama keluarga si lelaki, pasti ada sesuatu yang istimewa sedang berlaku di dalam hubungan Adira dan Shahrul. Kita doakan yang terbaik buat mereka. Kedua-duanya pun sama cantik dan sama padan. Kalau betul ada jodoh, Adira kena belajar makan budu la nampak gayanya. Hehehe.
P.S: Selepas kontroversi menghina bulan Ramadhan, Alvin dan Vivian buat video mohon maaf