February 7th, 2012

Kan Abang Nara dah cakap, Adira mesti geram sangat dengan kecomelan anjing di bawah. Itu yang sampai dipeluknya. Dan anda semua jangan risau, menurut Adira, anjing tersebut berada di dalam kering dan dia sudah pun menyamak selepas memeluk anjing tersebut. Apa pun, Adira memohon maaf kerana kecuaian dan kurang peka daripada pihaknya.

adira pegang anjing

Kata Adira kepada wartawan Mstar:-

Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya. Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam. Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar.Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu. Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan. Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu. Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan. Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

Diharap anda semua puas hati dengan penjelasan Adira. Kepada Adira, lain kali letak gambar profil di handphone dengan kucing pun ok jugak. Cute pun cute jugak. Hehehe. Abang Nara gurau-gurau je. Jangan marah yek Adira.


189 responses to “Adira Mohon Maaf Peluk Anjing, Tidak Tahu Bagaimana Gambar Tersebut Boleh Tersebar”

  1. bonquiqui says:

    SEDIH dengan keadaan orang MELAYU di malaysia ni..belajar agama mcm tengok tv..ANJING BUKAN MAKHLUK YG HARAM DISENTUH. sentuh x dapat dosa pon…cuma die kategori najis mughallazah..hukumnya wajib samak sahaja bila nak beribadat, takut najis nya bertebaran ke tempat kita nak beribadat.

    satu lagi, kalau aurat pun x tutup, ajaran Islam pun x ikut, sembahyang entah kemana, kenape pulak perbuatan pegang anjing tu haram?? sedihhhh sgt adik2 sekalian..salah ustaz/ustazah ke..adoii laa

  2. Hamba Yg Jahil says:

    Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk
    dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan
    najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air
    bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau
    menyalahi hukum Islam.
    Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie
    adalah seperti berikut :
    a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara
    keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman,
    rumah, harta benda dan sebagainya.
    b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau
    dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam
    Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9
    menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk
    berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan
    menjaga keamanan rumah.
    Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-
    Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai
    binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah
    S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi
    S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara
    anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari
    pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang
    mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
    sumber:
    Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
    Jabatan Agama Islam Selangor
    18 Mei 2010 / 4 Jamadilakhir 1431H

  3. mulut capoi says:

    Walau bagaimana pun…..jika kita was2 tak yakin bab ugama…..rujuklah orang yang arif atau kitab, buku2 ugama.
    Cuba bukak tafsiran Al-Quran dan sebagainya.
    Lagi keluar kenyataan lagi haru-biru nampaknya.
    Takut ada yg. x tahu lagi pening macam2 pendapat dikeluarkan.
    Di Malaysia ni banyak dah ajaran2 sesat…..ahai macem2……
    Nikah kontrak, nikah batin, apa lagiiiii……x sembahyang x puasa tapi
    upah orang lain buat…..
    Ada mengaku Rasul, Imam Mahadi…………….tapi…..ada tapi tu…..
    yang banyak kita tengok manusia bertopeng iblis.
    Kadang2 susah nak bezakan…..luaran nampak baik dan warak
    tapi kaki penipu dan pecah amanah.
    Rasuah x payah nak cakaplah ……..
    Bertutup aurat maksiat tetap dilakukan…….
    …….kadang2 kita sendiri pun terjerumus maka cepat2lah taubat.
    Memang iblis berjanji menyesatkan kita.
    Oleh itu janganlah kita pulak menyesatkan satu sama lain.

  4. cik siti says:

    pegang anjing time kering tak payah samak pon..melainkan anjing tu dalam keadaan basah..kalau babi lak kalau kering ke basah ke memang kene samak…tu yang aku baca..pegang anjing tak haram la..doktor haiwan tu pon kene pegang anak babi bagai..cume kalau mendatangkan fitnah just untuk suke suki tu memang kene elak la dari pegang binatang tuh…

  5. Dr Ahmad Nazreen Al Iskandaryy says:

    Sertu bukan samak

    Samak :Perbuatan mengasing kulit binatang untuk dijadikan pakain dan etc

Loading...