Adira Hanya Orang Yang Paling Rapat Dengan Saya – Aliff Aziz

Hiburan

Adira Hanya Orang Yang Paling Rapat Dengan Saya – Aliff Aziz

Susulan entri Aliff Aziz dan Adira memakai cincin yang sama, Aliff menafikan yang dirinya bercinta dengan Adira sebaliknya mengakui yang mereka berdua hanyalah kawan rapat. Tidak lebih daripada itu. Adakah Adira telah di”friendzoned“kan oleh Aliff Aziz?

aliff aziz dan adira

Advertisement

Berkata kepada Kosmo Online baru-baru ini, Aliff Aziz menyatakan yang Adira banyak membantu menguatkan semangatnya daripada segi mental ketika berjauhan dengan keluarga. Kata Aliff Aziz:-

Sebenarnya gambar-gambar saya dan Adira yang dimuat naik ke dalam Instagram itu bukanlah gambar yang tertulis I Love You, jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk. Itu sekadar gambar bersama orang yang paling rapat dengan saya. Saya sedar tindakan saya itu telah menimbulkan banyak spekulasi dan saya tidak salahkan sesiapa. Memang Adira merupakan rakan dan teman yang paling rapat dengan saya. Kami mula rapat selepas saya pulih daripada kekecewaan dan membuat kemunculan semula.

aliff aziz adira

Adira yang ditemui oleh Utusan Malaysia juga turut mengakui hubungannya dengan Aliff Aziz sekadar teman rapat. Malah gambar yang dikongsikan itu hanyalah sekadar gambar yang tidak membawa makna apa-apa. Kata Adira:-

Ia hanya gambar. Sekadar gambar. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai hubungan antara kami. Saya dan Aliff hanya berkawan rapat. Kami rapat sebagai kawan, itu sahaja yang boleh saya katakan sekarang.

Terasa macam Adira dan Aliff Aziz mem”friendzone” diri masing-masing sesama sendiri. Mungkin kedua-duanya takut untuk memberikan komitmen bercinta. Untunglah orang berkawan pun boleh dapat cincin mahal-mahal. Abang Nara pun kalau boleh nak cari kawan macam ini. Hehehe ~~~
nuffnangx
P.S: Ada smartphone? Taknak ketinggalan setiap update di BeautifulNara? Download applikasi Nuffnangx untuk memudahkan anda mengikuti setiap artikel di BeautifulNara. Pantas, cepat dan anda tidak akan ketinggalan lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...