Penyanyi Adira dan suaminya Datuk Seri Adenan Abu ataupun lebih dikenali sebagai Dato Red telah mengemukakan bukti bergambar , video serta pasport berkaitan pernikahan mereka di Thailand di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tanggal 7 Mac lepas.
Mereka berdua berbuat demikian selepas memberi keterangan di hadapan Hakim Syarie Mohd Abdul Karim Wahab mengenai permohonan pengesahan pernikahan berpoligami.
Dalam keterangan tersebut, Dato Red menjelaskan beliau dan Adira sah bernikah hanya dengan sekali lafaz di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 berwakil wali hakim. Adira telah menerima mas kahwin sebanyak RM 1,000 tunai.
Adira sebelum ini memfailkan permohonan pengesahan pernikahan berpoligami di luar negara itu pada 8 Januari lalu mengikut Seksyen 12 dan 23 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.