Sejak kebelakangan ini, tersebar berita yang kononnya Adira sudah pun berhijrah dan memakai tudung. Malah beberapa keping gambar dirinya bertudung turut disebarkan oleh pihak tertentu. Sayangnya berita ini tidak benar dan telah dinafikan oleh Adira sendiri.
Pasti ramai peminat Adira yang keliru. Sebenarnya Adira memakai tudung apabila menghadiri kelas agama yang turut disertai oleh rakannya, Heliza Helmi. Kata Adira:-
Ya, saya pakai tudung ketika menghadiri kelas agama ini, di luar saya seperti biasa. Insya-Allah bila tiba masanya saya akan pakai tudung jua tanpa dipinta oleh sesiapa. Sekarang ini saya ingin mendekatkan diri dengan ilmu agama sebagai pelengkap hidup. Di waktu yang sama, saya tetap meneruskan kegiatan dalam bidang seni kerana itu adalah sumber pendapatan saya.
Diharap dengan penjelasan ini, kekeliruan yang telah berlaku akan berakhir. Apa pun sama-samalah kita doakan agar pintu hati Adira akan terbuka satu hari nanti untuk bertudung. Buat Adira, teruskan mendalami ilmu agama. Semoga kehidupan anda akan terasa lebih sempurna selepas ini.
P.S: Fer White ialah produk kecantikan yang paling HANGAT di pasaran. Harganya yang berbaloi (RM95) dengan kandungan yang penuh khasiat telah terbukti memberikan kesan yang positif kepada penggunanya. Untuk tempahan dan persoalan, boleh PM di Facebook CantikNara, email ke [email protected] atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061.