Adira Akui Tidak Dapat Beraya Bersama Suami, Faham Kena Dahulukan Isteri Pertama

Hiburan

Adira Akui Tidak Dapat Beraya Bersama Suami, Faham Kena Dahulukan Isteri Pertama

Tahun ini merupakan tahun pertama Adira AF menyambut Hari Raya sebagai seorang isteri, namun beliau terpaksa akur apabila suaminya Datuk Seri Adenan Abu perlu beraya bersama isteri pertamanya dan anak-anak mereka dahulu.

Advertisement

Sebagai isteri kedua saya memahami situasi suami. Ia bukan masalah besar buat saya kerana masih dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Ranau, Sabah.

Walaupun ini tahun pertama kami beraya sebagai pasangan suami isteri, saya reda dan akur. Tambahan pula, beberapa hari selepas itu suami akan pulang ke Sabah dan meraikannya dengan saya dan keluarga pula.

Suami Adira bersama isteri pertamanya dan anak-anak

Tambah Adira, meskipun beliau tidak pandai memasak beliau tetap mahu cuba menyediakan juadah untuk berbuka puasa dan sahur.

Walaupun tidak pandai memasak, saya tetap mencuba. Sekurang-kurangnya suami dapat merasa air tangan saya. Sedap atau tidak itu belakang kira. Buat masa sekarang, saya masih dalam proses belajar memasak.

Sedikit pun saya tidak berasa malu mengakui perkara ini. Malah ia bukan alasan untuk saya tidak ke dapur. Setakat ini saya sudah mahir menyediakan beberapa hidangan kegemaran suami termasuk ketam masak lemak cili api.

Hidup bermadu ini kena banyak tolak ansur apatah lagi jika bergelar isteri kedua. Apa-apa pun, baguslah kalau Adira memahami keadaan beliau dan suami.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...