October 9th, 2015

Bukan mudah untuk membuang segala memori bersama insan yang pernah bertakhta dalam hati meskipun masing-masing sudah membawa haluan sendiri, itulah yang dirasakan oleh Adira dimana beliau akui masih lagi ada perasaan sayang terhadap bekas tunangnya Shahrul Nasrun.

Ada pihak yang kata saya tidak nampak sedih. Mungkin mereka lihat saya gembira tapi mereka tidak tahu perasaan sebenar saya. Kami berkawan lama dan sudah tentu sehingga sekarang masih ada lagi rasa sayang dalam hati saya terhadap dia.

Tarikh lahirnya pada 19 Semptember lalu sepatutnya menjadi hari yang cukup bermakna dalam hidup Adira kerana ia merupakan hari beliau dan Shahrul bernikah tetapi semua itu tinggal kenangan.

Walaubagaimanapun, rakan-rakan baik beliau telah meraikan ulang tahun kelahiran Adira dengan meriah dan sekaligus membuatkan penyanyi terkenal itu melupakan segala kesedihannya.

Kalau ikut rancangan hari perkahwinan saya pada hari lahir saya iaitu 19 September lalu, namun nak buat macam dah tiada jodoh. Ucapan dan kejutan yang dibuat oleh kawan-kawan saya pada hari tersebut membuatkan saya lupa ia sepatutnya menjadi hari bersejarah saya.

Sebenarnya sejak Adira putus tunang, ada  ramai lelaki yang cuba mendekati dirinya tetapi beliau menolak kerana tidak bersedia untuk menjalinkan sebarang hubungan dan ingin menjaga hati keluarga bekas tunangnya. Adira tidak mahu mereka berfikir yang beliau mudah cari pengganti sedangkan baru sahaja putus tunang.

Sejak saya putus tunang ada juga beberapa orang yang ingin mendekati saya tapi saya tolak, kadang-kadang dengan alasan yang tidak masuk akal.

Saya belum bersedia dan hati saya belum terbuka untuk terima lelaki lain, saya  juga ingin menjaga hati dan perasaan keluarga bekas tunang. Saya tidak mahu mereka kata apa pula nanti, baru sahaja putus sudah anda pengganti.

Tidak mengapa Adira, kalau ada jodoh anda nanti pasti satu hari anda tidak akan di lukai lagi dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. InshaAllah.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...