Spekulasi itu mula timbul apabila Dato Red memberikan komen dengan icon botol susu di akaun Instagram Adira.
Walaubagaimanapun, buat masa ini Adira tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai isu berkenaan kerana ingin menjaga hati banyak pihak.
Adira menganggap setiap berita yang keluar adalah doa daripada orang ramai buat mereka berdua.
Minta maaf…buat masa ini saya tidak boleh memberikan sebarang komen kerana asalnya berita itu bukan keluar dari mulut kami. Cuma apabila diucapkan ramai orang, ia umpama doa buat kami. Apa yang dapat saya kongsi, doakan perkara yang baik-baik buat saya dan suami.
Lagipun banyak hati yang perlu dijaga dan saya memilih untuk mengunci mulut buat sementara waktu. Harap semua faham.
Mungkin juga Adira tidak mahu mendedahkan kehamilannya kerana masih lagi awal, bak kata orang tua-tua tunggu lama sedikit sebelum mewar-warkan kepada umum.