February 22nd, 2016

Perkahwinan Adira AF menimbulkan pelbagai kontroversi dan kritikan sehingga beliau dilabelkan sebagai perampas.

Dalam proses untuk mengesahkan perkahwinan beliau dan Datuk Seri Adnan Abu, Adira bagaimanapun tidak mahu terlalu tertekan memikirkan kritikan serta hinaan daripada masyarakat apabila beliau menjadi isteri kedua.

Buat Adira, beliau kini sedang menjalani kehidupan yang lebih tenang daripada sebelumnya dengan kehadiran suami tercinta dan anak-anak tiri di sisinya.

Alhamdulillah, kehidupan saya lebih tenang berbanding dulu apatah lagi, sudah mempunyai teman hidup selain anak-anak tiri yang sentiasa di sisi. Kehadiran mereka melengkapi hidup kini, malah membuatkan saya lebih gembira.

Saya tahu, di luar sana masih ramai yang melemparkan pelbagai kata hinaan hanya kerana saya menjadi isteri kedua. Terserah kepada mereka kerana saya ajar diri supaya tidak ambil pusing terhadap segala cacian yang dilemparkan.

Apabila Adira membuat keputusan untuk berkahwin dengan Dato Red dan hidup bermadu, kami yakin beliau sudah bersedia untuk menerima setiap kritikan ataupun risikonya. Dah jodoh mereka untuk bersama, kita doakan sahaja perkahwinan ini kekal sehingga akhir hayat. InshaAllah.

Sumber Berita: BH PLUS


Comments are closed.

Loading...