Gara-gara kegagalan pelumba basikal trek negara Shah Firdaus Sahrom memungut pingat dalam acara keirin tempoh hari, netizen dilihat ‘menyerang’ akaun media sosial pelumba Jepun, Shinji Nakano.
Ia berikutan Shinji dan Shah Firdaus telah terlibat dalam kemalangan sehingga membuatkan kedua-dua pelumba itu tersingkir dalam acara akhir tersebut.
Adik kepada Shah Firdaus, Ridwan Sahrom menerusi satu hantaran Instagram tampil menggesa agar netizen berhenti menyerang media sosial Shinji secara keterlaluan.
Kepada semua peminat sukan Malaysia, tolong jangan serang negara lain berkaitan kemalangan dalam final keirin Sukan Olimpik melibatkan Shah dan pelumba Jepun.
Tolong kekal tenang dan tidak menyerang/komen yang buruk di media sosial pelumba Jepun itu.
Tulisnya lagi, segalanya boleh berlaku dan seseorang itu tidak boleh menyalahkan atau menghakimi apa yang berlaku, sama ada ia satu kemalangan atau tidak.
Sekadar info, Shah Firdaus dilaporkan terjatuh setelah dia termasuk ke laluan pelumba Jepun Shinji sebelum ditolak. Susulan itu, pelumba Britain, Jack Carlin turut terjatuh akibat insiden itu.
Pingat emas untuk acara itu dimenangi pelumba Belanda, Harrie Lavreysen, manakalan pingat perak dan gangsa dimiliki pelumba Australian, Matthew Richardson dan Matthew Glaetzer.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.