Adik Sedih Dikecam Berwajah Syafiq Kyle Versi ‘Sengat Tebuan’ – “Saya Sampai Tak Keluar Rumah….”

Hiburan

Adik Sedih Dikecam Berwajah Syafiq Kyle Versi ‘Sengat Tebuan’ – “Saya Sampai Tak Keluar Rumah….”

Mempunyai ahli keluarga yang terkenal dalam industri hiburan bukanlah tiket mudah untuk berjaya. Itulah realiti yang dihadapi pelakon baharu, Syazwan Razak, adik kepada aktor popular Syafiq Kyle.

Meskipun dikenali sebagai adik kepada bintang terkenal, Syazwan mengakui dia turut berdepan tuduhan tidak adil apabila ada pihak menyangka kejayaannya hari ini berpunca daripada menumpang nama si abang.

Advertisement

Namun, Syazwan menafikan dakwaan tersebut dengan tegas.

Ada orang cakap senang dapat tawaran kerja sebab abang atau erti kata mudah pakai ‘kabel’. Kalau orang cakap begitu saya akan tanya balik, kenapa saya baru nak pakai sekarang?.

Menurut Syazwan, setiap peluang yang diraih datang hasil daripada kerja keras, kesungguhan serta pengorbanan besar yang tidak dilihat orang luar.

Walaupun begitu, Syazwan sedar dia tidak dapat lari daripada bayang-bayang abangnya, terutama pada awal pembabitan dalam industri.

Syazwan turut berkongsi kenangan pahit sewaktu menyertai pencarian Hero Remaja beberapa tahun lalu, apabila penampilannya menjadi bahan jenaka dan kritikan ramai di media sosial.

Masih ada gambar itu (wajah berisi) dalam aplikasi X, orang cakap muka saya macam Syafiq Kyle kena sengat tebuan tapi itu menjadi pembakar semangat.

Kritikan itu cukup memberi kesan, hinggakan dia enggan keluar rumah buat seketika.

Saya dikecam, katanya tidak sedar diri. Kecewa juga waktu itu sampai tahap tak keluar rumah sebab pertama kali kena kecam.

Akibat insiden tersebut, Syazwan mengakui dirinya kini lebih berhati-hati dalam setiap tindakan dan lebih memilih untuk bercakap apabila perlu.

Disebabkan perkara tersebut saya lebih berjaga-jaga dalam melakukan apa-apa. Saya juga kurang bercakap selepas kejadian itu.

Kini, Syazwan baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk drama terbaharunya bertajuk BF Greenflag, di mana dia digandingkan bersama pelakon meningkat naik, Athalia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada aputan di bawah.

2025-07-22 11:09:05

Punca Kerugian Besar & Risikokan Nyawa Penyelam, Jabatan Bomba Buat Laporan Polis Terharap Pempengaruh Ija

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...