“Adik Saya Sebetulnya Bukan Begini..” – Kakak Sendiri Mengaku Safee Sali Pusing Fakta, Harap Anak-Anak Dijaga Fitria

Kehidupan

“Adik Saya Sebetulnya Bukan Begini..” – Kakak Sendiri Mengaku Safee Sali Pusing Fakta, Harap Anak-Anak Dijaga Fitria

Bekas pemain bola sepak kebangsaan yang sering menjadi perhatian netizen kebelakangan ini, Safee Sali ditegur oleh kakaknya agar tidak memutar-belit cerita berkaitan isu rumah tangganya bersama bekas isterinya, Fitria Elfina.

Sendiri lihat bukti

Berdasarkan kakaknya, Normalayati Mohd Sali, 53, dia sendiri melihat adiknya itu memberi fakta yang tidak tepat kepada orang ramai. Tambahan pula, kakak kepada Safee ini sendiri mengakui Fitria adalah orang yang terbaik untuk menjaga anak-anak mereka.

Advertisement

Saya lihat sendiri bukti dan jangan tuduh dan fitnah (bekas) isteri. Kau yang pusing fakta dan bohong. Saya cuma nak cakap supaya dia betulkan apa yang salah.

 

Fitria paling tepat jaga anak sebab Safee terlalu sibuk. Semoga kemenangan kepada Fitria.

safee sali

Tidak menyokong sesiapa

Bukan itu sahaja, Normalayati juga menegaskan dirinya tidak membelahi mana-mana pihak, sebaliknya menegur apa yang salah. Meskipun sudah berulang kali memujuk Safee berhubung isu tersebut, adik lelakinya itu tetap tidak mengendahkannya dan menuduhnya menyokong Fitria.

Dalam pada itu, kakak ipar kepada Fitria ini turut menolak pendapat sesetengah pihak yang menyangka perceraian Fitria dan Safee merupakan kifarah.

Saya tidak sokong sesiapa, cuma saya nampak apa yang salah itu perlu diperbetulkan. Adik saya sebetulnya bukan sebegini. Ini bukan dia.

 

Sebenarnya tiada urusan karma pun, cuma tutup karma itu sebab dia bukan salah pun. Kisah lama jangan buka nanti akan malu semua pihak.

 

Cuma saya hendak cakap Fitria bukan penyebab karma, bukan penyondol dan bukan penyebab rumah tangga itu roboh. Ada di sebalik cerita, cukup saya katakan biarlah berahsia.

Terdahulu, Fitria Elfina turut memfailkan tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dan mendedahkan sudah lebih sebulan tidak menemui dua anak selepas diambil Safee ketika ketiadaannya di rumah.

fitria
9 months ago

(VIDEO) "Bukan Nak Buka Aib Keluarga, Tapi Saya Kena Betulkan" - Kakak Safee Sali Akui Fitria Jadi Mangsa Keadaan, Mohon Hentikan Fitnah Terhadap Adik Ipar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...