Pelakon senior, Sherie Merlis tampil meluahkan rasa runsing dan bimbang mengenangkan kediamannya kini yang padat dengan 11 orang penghuni tambahan adiknya pula telah disahkan positif COVID-19.
Apa yang menjadi kerisauan Sherie adalah adiknya itu telah diarahkn Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah sehingga tindakan lanjut diberitahu.
Lebih merumitkan keadaan apabila kediamannya itu turut dihuni ibu bapa yang menghidap masalah penyakit kronik serta lima kanak-kanak serta seorang bayi.
View this post on Instagram
Perkara tersebut diluahkan Sherie menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.
Saya hubungi KKM dan mereka janji untuk datang secepat mungkin untuk swab test semua ahli keluarga. Tapi belum datang, mereka maklumkan kena tunggu sampai Isnin. Memang tak masuk akal, apabila adik saya kena tunggu saya dah risau, sekurangnya maklumkan apa yang aptut saya buat dengan adanya kanak-kanak dan warga emas kurang sihat di dalam rumah ini.
Pelakon telefilem Abah ini memberitahu adik perempuannya yang mempunyai bayi berusia 10 bulan telah disahkan positif COVID-19 dalam video tersebut.
Situasi juga semakin meruncing apabila adik iparnya yang sudah lengkap dua dos vaksin mula mengalami gejala demam panas selain anak saudaranya mula sakit tekak.
View this post on Instagram
Sherie dalam pada itu memaklumkan bahawa sebab utama dia membuat siaran langsung itu adalah kerana sudah terlalu buntu dan tidak tahu untuk buat apa.
“Tolonglah..saya tak tahu apa nak buat. Nak marah saya, marahlah sebab ini kenyataan. Kalau saya sakit siapa nak jaga budak-budak dna ibu-bapa saya.” ujarnya dalam nada runsing.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.