Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Adik Neelofa Teringin Jadi Pengacara

Siapa saja yang tidak mengenali adik Neelofa iaitu Ameera Khan ataupun lebih popular dengan nama Little Miss Khan. Setiap perkongsian gambar Ameera pasti mencuri perhatian ramai sehingga menjadikan beliau antara Instafamous paling popular dan menyerlah dengan 1 juta pengikut di Instagram.

Advertisement

Mula popular sebagai seorang vlogger di YouTube sekitar tahun 2015, Ameera turut aktif dalam bidang perniagaan dan mempunyai jenama kosmetiknya tersendiri.

Menjadikan Neelofa sebagai sumber inspirasi, Ameera dalam satu kenyataan terbaru memberitahu beliau teringin pula untuk menjadi seorang pengacara.

Saya tidak mahu nama dikenali di Instagram saja. Pada usia sekarang, saya percaya sampai masanya untuk mengembangkan bakat dalam cabang seni pengacaraan yang diminati sejak dulu. Contohnya, Neelofa yang juga pengacara MeleTop tetapi masih boleh fokus dengan perniagaannya. Tiga tahun lalu saya dapat banyak tawaran untuk mengacara program televisyen termasuk travelogue tetapi terpaksa menolaknya kerana belum bersedia disebabkan masih terlalu muda.

Mengenai persiapan untuk menceburi bidang pengacaraan pula, kata Ameera, beliau kini mahu memperbaiki kelemahannya yang kurang fasih berbahasa Melayu.

Advertisement

Dalam pada itu, Ameera juga berkata beliau tidak takut dilanda gosip mahupun kontroversi dalam dunia hiburan tanah air. Pernah menerima pelbagai kritikan sebelum ini, Ameera akui beliau sudah lebih matang untuk membalas segala komen netizen di media sosial.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

117 Comments

  1. Anonymous

    March 1, 2019 at 9:51 pm

    Tak laku topik ni..

  2. Anonymous

    February 28, 2019 at 6:06 pm

    Pengacara?? Eeuuwwww~~~

  3. Sunarti binti mohd kasim

    February 28, 2019 at 12:09 pm

    111 komen amik kau x smpai 10% comment issue ni. Netizen membawang lagi baik dpd kena ignore. Sedih post ni dik!

  4. nisa

    February 28, 2019 at 9:01 am

    hmmm sejak bila plak bibir dia camtu? ada lagi tak retis kat malaysia ni yg ori?

  5. Normah damanhuri

    February 27, 2019 at 10:26 pm

    Aku stress betul klu perempuan buncit berdiri dpn aku dlm lrt.. Xtau mngndung ke lemak.. Kang betul mgndung klu xbg seat kena keji pulak.. Viral muka aku..klu aku bg lpstu tau dia buncit mmg mnyesal! Dh la umh aku jauh.. Jaga la perut korang tu sikit.. Ni. Xleh beza mgndung lemak ke anak.. Kang aku offer seat kau xmgndung kena tampo pulak aku..

    • wekkkkkkk

      February 28, 2019 at 10:38 am

      ko tanyalah dulu, berapa bulan kak?…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama