Adik Neelofa Teringin Jadi Pengacara

Hiburan

Adik Neelofa Teringin Jadi Pengacara

Siapa saja yang tidak mengenali adik Neelofa iaitu Ameera Khan ataupun lebih popular dengan nama Little Miss Khan. Setiap perkongsian gambar Ameera pasti mencuri perhatian ramai sehingga menjadikan beliau antara Instafamous paling popular dan menyerlah dengan 1 juta pengikut di Instagram.

Advertisement

Mula popular sebagai seorang vlogger di YouTube sekitar tahun 2015, Ameera turut aktif dalam bidang perniagaan dan mempunyai jenama kosmetiknya tersendiri.

Menjadikan Neelofa sebagai sumber inspirasi, Ameera dalam satu kenyataan terbaru memberitahu beliau teringin pula untuk menjadi seorang pengacara.

Saya tidak mahu nama dikenali di Instagram saja. Pada usia sekarang, saya percaya sampai masanya untuk mengembangkan bakat dalam cabang seni pengacaraan yang diminati sejak dulu. Contohnya, Neelofa yang juga pengacara MeleTop tetapi masih boleh fokus dengan perniagaannya. Tiga tahun lalu saya dapat banyak tawaran untuk mengacara program televisyen termasuk travelogue tetapi terpaksa menolaknya kerana belum bersedia disebabkan masih terlalu muda.

Mengenai persiapan untuk menceburi bidang pengacaraan pula, kata Ameera, beliau kini mahu memperbaiki kelemahannya yang kurang fasih berbahasa Melayu.

Dalam pada itu, Ameera juga berkata beliau tidak takut dilanda gosip mahupun kontroversi dalam dunia hiburan tanah air. Pernah menerima pelbagai kritikan sebelum ini, Ameera akui beliau sudah lebih matang untuk membalas segala komen netizen di media sosial.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...