Adik Neelofa Padam Video Kritik Sekolah Kerajaan : Terus Dikecam Meskipun Sudah Minta Maaf

Hiburan

Adik Neelofa Padam Video Kritik Sekolah Kerajaan : Terus Dikecam Meskipun Sudah Minta Maaf

Semalam, adik Neelofa  iaitu Nur Ameera telah menerima pelbagai kritikan daripada orang ramai apabila seakan menghina sekolah serta guru kerajaan.

Antara kenyataan Ameera menerusi satu video yang beliau muat naik di YouTube ialah, guru kerajaan buat kerja cincai dan keadaan sekolah kerajaan sangat teruk berbanding sekolah swasta.

Advertisement

Namun, Ameera  telah tampil memohon maaf dan memberitahu beliau hanya memberikan pendapat berdasarkan pengalaman.

Walaubagaimanapun,  selepas permohonan maaf itu dibuat beliau masih lagi menerima kecaman daripada netizen.

Akhirnya  Ameera membuat keputusan untuk memadam video berkenaan agar isu ini tidak berpanjangan.

Tidak salah untuk memberikan pendapat tetapi biarlah ia tidak menimbulkan sebarang kontroversi mahupun provokasi. Anda masih muda dan banyak lagi perkara yang belum anda tempuhi.  Sekali petik perkataan cikgu sahaja pasti semua terasa. Harap Ameera belajar daripada kesilapan dan tidak ulang perkara sebegini.

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.