Antara kenyataan Ameera menerusi satu video yang beliau muat naik di YouTube ialah, guru kerajaan buat kerja cincai dan keadaan sekolah kerajaan sangat teruk berbanding sekolah swasta.
Walaubagaimanapun, selepas permohonan maaf itu dibuat beliau masih lagi menerima kecaman daripada netizen.
Akhirnya  Ameera membuat keputusan untuk memadam video berkenaan agar isu ini tidak berpanjangan.
Tidak salah untuk memberikan pendapat tetapi biarlah ia tidak menimbulkan sebarang kontroversi mahupun provokasi. Anda masih muda dan banyak lagi perkara yang belum anda tempuhi. Sekali petik perkataan cikgu sahaja pasti semua terasa. Harap Ameera belajar daripada kesilapan dan tidak ulang perkara sebegini.