Baru-baru ini, perkongsiaan video yang dimuat naik oleh pelawak serta pengacara, Shuk Sahar memaparkan gelagat anak bongsu yang enggan berpisah dengannya membuatkan ramai berasa sebak.
Lihat dari video yang dimuat naik, Shuk sedang memujuk anak bongsu, Nur Assyifatu Aimi yang sedang meronta menangis kerana tidak mahu berjauhan dengan pelawak tersebut.
Satu hal yang membuatkan netizen berasa sedih apabila anaknya meluahkan hasrat mahu bermanja dengan ayah tercinta bagi melepaskan rindu.
View this post on Instagram
Adik nak tidur dengan ayah, adik nak ayah.
Bagi mengambil hati dan memujuk anaknya itu, Shuk telah membawa mereka berjalan-jalan di sekitar Sabah serta membeli makanan ringan buat mereka.
Namun begitu, Aimi kembali menangis selepas mengetahui bahawa ayahnya bakal meninggalkannya untuk pulang ke semenanjung semula.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak melihat situasi yang dipaparkan dan mendoakan agar Shuk kekal kuat hadapi hal tersebut.
Sekadar info, selepas Shuk Sahar dan Rossa Sera disahkan bercerai pada 22 Mac lalu, kesemua anak-anak duduk bersama bekas isteri di Sabah.