Adik Nadia Brian Dakwa Abang Ipar Ada Masalah Mental?

Hiburan

Adik Nadia Brian Dakwa Abang Ipar Ada Masalah Mental?

Selepas kakaknya pelakon Nadia Brian dihentam teruk oleh netizen berikutan kisah rumah tangganya yang kini semakin menjadi bualan ramai, kini muncul seorang wanita yang menggunakan akaun @lydiabrian dipercayai adik Nadia tampil mempertahankan maruah pelakon tersebut.

Advertisement

Menerusi beberapa posting di Instastory yang turut menyatakan nama Mr M dipercayai Muizz, Lydia khabarnya mendakwa lelaki berkenaan seakan mempunyai masalah mental kerana dilihat pandai berlakon untuk meraih simpati daripada orang ramai.

Bahkan, beliau juga mendakwa tindakan abang iparnya itu persis individu yang tidak normal.

“Lepas dia membuka aib isteri di media sosial, adakah awak berfikir nak bersatu kembali? Tidak! Kau kacau habis kerja dan karier dia, habis kehidupan dia.”

Lydia juga turut berkongsi mesej yang diterimanya daripada seorang nitizen yang menyatakan Nadia seorang yang seorang yang lembut dan tidak sombong.

Rentetan itu, beliau dilihat tampil menegur tindakan netizen di ruangan postingnya agar tidak mudah membuka aib orang dan melemparkan tuduhan tidak berasas apatah lagi menjaga hal tepi kain keluarga mereka.

Mahu mempertahankan maruah kakaknya, Lydia juga tidak terlepas untuk membalas komen seorang individu yang menuduh kakaknya seorang perempuan yang tidak elok susulan dakwaan Muizz yang mendedahkan kepada umum bahawa isterinya sebelum ini telah curang depan matanya sendiri.

Untuk rekod, kisah berantakan rumah tangga Nadia dan Muizz yang berkahwin pada 9 November 2019 itu masih hangat diperkatakan netizen sejak Oktober lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...