Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Adik Nadia Brian Dakwa Abang Ipar Ada Masalah Mental?

Selepas kakaknya pelakon Nadia Brian dihentam teruk oleh netizen berikutan kisah rumah tangganya yang kini semakin menjadi bualan ramai, kini muncul seorang wanita yang menggunakan akaun @lydiabrian dipercayai adik Nadia tampil mempertahankan maruah pelakon tersebut.

Advertisement

Menerusi beberapa posting di Instastory yang turut menyatakan nama Mr M dipercayai Muizz, Lydia khabarnya mendakwa lelaki berkenaan seakan mempunyai masalah mental kerana dilihat pandai berlakon untuk meraih simpati daripada orang ramai.

Bahkan, beliau juga mendakwa tindakan abang iparnya itu persis individu yang tidak normal.

Advertisement

“Lepas dia membuka aib isteri di media sosial, adakah awak berfikir nak bersatu kembali? Tidak! Kau kacau habis kerja dan karier dia, habis kehidupan dia.”

Lydia juga turut berkongsi mesej yang diterimanya daripada seorang nitizen yang menyatakan Nadia seorang yang seorang yang lembut dan tidak sombong.

Rentetan itu, beliau dilihat tampil menegur tindakan netizen di ruangan postingnya agar tidak mudah membuka aib orang dan melemparkan tuduhan tidak berasas apatah lagi menjaga hal tepi kain keluarga mereka.

Mahu mempertahankan maruah kakaknya, Lydia juga tidak terlepas untuk membalas komen seorang individu yang menuduh kakaknya seorang perempuan yang tidak elok susulan dakwaan Muizz yang mendedahkan kepada umum bahawa isterinya sebelum ini telah curang depan matanya sendiri.

Untuk rekod, kisah berantakan rumah tangga Nadia dan Muizz yang berkahwin pada 9 November 2019 itu masih hangat diperkatakan netizen sejak Oktober lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. tak kuasa aku

    December 18, 2020 at 3:25 pm

    hahah sabo weh.. yg bekap tetaplah bekap. da kate family. tu org laki ko tduh mental prob. klu pmpuan ko akn tduh meroyan. well said.. abg ipar mmg trime seadanye kelemahan akk ko dik. tp nmpk akk ko reti ke tak jge sikap sndri.. dari segi pakaian.. atitude.. ade tak ko rse akk ko jge maruah air muka suami ??? ko sndri tgk goggle. search akk ko n suami. ko tgk sndri pakaian akk ko. ok!

  2. Anonymous

    December 18, 2020 at 2:46 pm

    pompuan ni maintenance tinggi daaa… dulu engage kat paris kan.. hahaha

  3. Aku Menyampah

    December 18, 2020 at 2:02 pm

    Bodohla backup kakak sendiri yg bt zina.. Diam2 sdhla.. Mau tegakkan benang yg basah. Tuduh org mental. Dah ppuan jalang check in di hotel dgn lelaki lain. Kau nak backup apa lg? Tak kisahla kau anggap abg ipar kau tu mental atau tdk.. Klu kak kau tak bt hal mungkin dia masih waras.. Org yg ckp dia sopan baik tu, itu hal dia layan peminat. Benda biasa tu. Pelakon mmg kena bijak belakon acah2 suci dalam debu. Wanita lindungan syurga. Kau expect abg ipar kau pg tendang pintu hotel tu kenapa? Bodoh?? Klu dia nmpk wife dia bkemban dalam pelukan lelaki lain? Terang2 dah bdua2an dlm hotel.. Kau ingat dia bt apa? Mgaji?? Solat jemaah??

    • Anonymous

      December 21, 2020 at 8:23 am

      weiii…mak suka komen ko nyahhh! padu menosok gitewww

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top