Adik Mira Filzah Bagi ‘Hint’ Hubungan Cinta Kakak Dan Wan Emir

Hiburan

Adik Mira Filzah Bagi ‘Hint’ Hubungan Cinta Kakak Dan Wan Emir

Selepas menggunakan panggilan abang ipar kepada Wan Emir Astra ketika menitip ucapan ringkas di laman Instagram sempena ulang tahun kelahiran ke-30 lelaki itu, adik kepada pelakon Mira Filzah iaitu Aina Fadhilah mendapat pehatian umum.

mira filzah wan emir bercinta

Advertisement

Komen yang ditinggalkan Aina itu seakan mengukuhkan lagi dakwaan pasangan itu bakal disatukan sebagai suami istei tidak lama lagi.

mira filzah wan emir sah bercinta

“Happy Birthday BIL.”

Ucapan ringkas yang ditulis Aina itu mendapat ratusan tanda suka pengikut lelaki berkenaan.

Emir yang turut memuat naik foto samar-samar yang memperlihatkan sebentuk cincin di jari manis tersebut, malah nama Mira dan Ibunya, Datin Mastura Yazid turut di “tagged” di gambar berkenaan.

Menerusi posting tersebut, Emir dilihat menzahirkan rasa syukur untuk segala yang diterimanya dalam kehidupan, malah berkesempatan mengucapkan terima kasih atas doa yang dikirimkan.

Beliau juga turut menitip doa  seolah mahu menjadi seorang yang lebih baik berbanding sebelum ini serta memohon maaf kepada semua atas semua kelemahan dan kekurangannya.

“Hari demi hari, hanya ingin menjadi anak lelaki yang lebih baik, pasangan yang lebih baik, rakan yang lebih baik, orang yang lebih baik dan hamba yang lebih baik, kepadaMu.”

Terdahulu, hubungan pasangan ini mula dihidu apabila mereka dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang sekitar bulan Oktober ini.

mira filzah bercinta

Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini difahamkan telah lama menjalin cinta bersama Mira, namun hubungan itu terhenti seketika apabila Emir nekad melanjutkan pengajian di luar negara.

Bagaimanapun, Emir dikatakan sudah menghantar rombongan untuk merisik penyandang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ABPBH ke-32 tempoh hari.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...