Adik Maut Dipercayai Ditetak Abang Kandung Dengan Sebilah Pedang

Berita

Adik Maut Dipercayai Ditetak Abang Kandung Dengan Sebilah Pedang

Pada pagi tadi, seorang pemuda meninggal dunia akibat ditetak oleh abang kandungnya dengan sebilah pedang dan kejadian berlaku di Kampung Sungai Rual Melayu, Jeli.

Difahamkan kejadian tragis itu berlaku sekitar jam 1.20 pagi dan dalam pada itu, turut dimaklumkan suspek dipercayai mengalami kemurungan dan secara tiba-tiba bertindak ganas dengan menetak adiknya di bahagian leher.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin, mangsa yang berusia 30 tahun ketika itu sedang memasak di bahagian dapur rumah mereka.

Adik maut di tetak abang kemurunganSumber : Kosmo 

Tiba-tiba suspek dikatakan datang dari arah belakang dan terus menetak adiknya dengan sebilah pedang menyebabkan mangsa mati di lokasi kejadian.

Kata beliau ketika dihubungi oleh pihak Malaysia Kini yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan kes terbabit.

Bagaimanapun, Ahmad enggan mengulas hal berkenaan dengan lebih kerana siasatan secara terperinci masih berjalan untuk memastikan punca sebenar kejadian berlaku.

Sekadar info, siasatan dibuat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan dengan kes pembunuhan.

Gambar hiasan
2 years ago

Kejam! Remaja Indonesia Diculik & Dir*gol 20 Lelaki Sebelum Dipaksa Jadi Pelacur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...