September 23rd, 2020

Pelakon cantik Anzalna Nasir telah memberi bayangan yang dia tidak merancang untuk menimang cahaya mata terdekat menerusi ruangan Instagram miliknya, baru-baru ini.

Dia turut menyatakan hanya akan mempertimbangkan dalam masa dua tahun lagi untuk menambah bilangan anak. Anzalna yang memuat naik video memaparkan dia sedang mengemas baju anak sulungnya, Mohamad Eidress yang sudah tidak muat untuk dipakai.

View this post on Instagram

 

I nak let go baju-baju Eidrees yang dah tak muat sebab nak masuk baju-baju baru. Wardrobe dah full mommy ter over shopping! ? Ini baju-baju keluar rumah, baju-baju duduk rumah pun penuh juga! Pening tak ada tempat nak simpan. Nak suruh @hanif_zaki buatkan almari baru takut kena bising! Hahahhahahaha Ada yang sudah disedekahkan tetapi ada juga yang nak dijual murah saja! Ada baju-baju from Mothercare yang belum dipakai, Gucci, Versace, Dior, Fendi, Dolce&Gabbana, Emporio Armani dan lain-lain. Follow @prelovedbyeidrees #15MonthsOldEidrees #Preloved

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Ketika meninjau ruangan komen, ada netizen yang mempersoalkan tindakan Anzalna yang tidak mahu lagi menyimpan baju-baju Eidrees untuk kegunaan di masa hadapan. Pelakon cantik itu kemudian dilihat telah membalas mesra komen-komen peminat menyatakan sebab dia berbuat demikian.

“Saya nak let go baju-baju Eidrees yang dah tak muat sebab nak masuk baju-baju baru. Almari dah penuh mommy terlebih berbelanja!”

View this post on Instagram

Like mother, like son. Keturunan mudah terhibur. @mitsubishi.eam.ampang #13MonthsOld ? @hanif_zaki

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Dalam pada itu, Anzalna turut menjelaskan bahawa sebahagian baju anak kesayangannya itu telah pun didermakan kepada golongan memerlukan.

Mengimbas kembali, Anzalna telah mendirikan rumah tangga bersama dengan seorang usahawan, Hanif Zaki pada tanggal 21 Februari 2016 yang lalu. Hasil daripada perkongsian hidup itu mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Eidrees yang kini berusia satu tahun.


2 responses to ““Adik Lagi Dua Tahun!” Takut Kain Reput, Anzalna Nasir Nak ‘Buang’ Baju-Baju Lama Eidrees”

  1. PAKAIAN YANG MASIH ELOK MASIH BOLEH PAKAI LA. APA LA SI ANZALNA NIH.

  2. Anonymous says:

    nak tunjuk baju anak branded.
    nak beli baju mahal lagi.
    kalau nak beramal tak perlu menunjuk2 bagi je dgn rumah kebajikan ramai anak terbiar sana yg boleh masuk saiz.
    nak naikkan follower pun agak2 ke jgn meroyan

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...