Adik Khairul Fahmi @ Apek Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Hiburan

Adik Khairul Fahmi @ Apek Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Jutaan takziah Abang Nara ucapkan kepada Khairul Fahmi dan keluarganya atas pemergian adik yang tercinta, Mohd Amirul Izzat 16 tahun kira-kira jam 11.15 pagi tadi. Punca kematian Allahyarham ialah demam denggi. Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM.Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari. Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab.

adik khairul fahmi meninggal dunia

Advertisement

Berikut ialah kata-kata Apek:

Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta. Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai.

Takziah sekali lagi kepada Apek dan keluarga atas dugaan ini. Al-Fatihah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...