Adik Ipar Susah Terima Orang Baru Dalam Keluarga, Isteri Abang Sulungnya Jadi Stress.

Trending

Adik Ipar Susah Terima Orang Baru Dalam Keluarga, Isteri Abang Sulungnya Jadi Stress.

Menerima orang baru dalam keluarga, admin akui ianya bukanlah perkara yang mudah apatah lagi bila pasangan yang berkahwin duduk sebumbung dengan keluarga pasangannya.

Advertisement

Sebagai ipar pula, cubalah belajar memahami pasangan adik beradik yang baru berkahwin kerana dalam masa yang sama mereka sebenarnya berusaha memahami diri kita.

Beri ruang dan peluang yang sewajarnya kepada mereka, jangan pula asyik mencari kesalahan atau mengumpatnya di belakang. Seolah sengaja mencipta ‘perang’ dalam keluarga.

Kepada Adik Ipar Kesayangan..

1. Tolong terima akak masuk ke keluarga kalian sebab akak sggup tgglkan adik-beradik akak, tgglkan parents akak demi abg kalian.

2. Tolong belajar memahami akak sebab akak berusaha belajar memahami kamu semua dalam rumah sedangkan kamu semua hnya perlu memahami akak seorang saja.

3. Tolong jgn pernah cemburu dgn apa-apa brg peribadi akak sebab terkadang akak perasan kalian memandang semacam kat akak atas brg2 peribadi akak sebab itu adalah hasil titik peluh akak sendiri.

4. Tolong jgn cerita aib akak kepada org luar sebab akak jaga aib dalam rumah kamu jdi tlg jaga juga aib akak yg kalian nampak.

5. Tolong jgn berasa cemburu jika kasih syg abg kamu dia curahkan kpd akak sebab akak juga curahkan segala2 kepadanya sebab bagi perempuan yg sudh berkawin suami lah segala2nya bagi kami.

6. Tolong jgn hina masakan akak jgn hina apa yang akak mkn sebab akak sedang belajar apa yg kalian suka mkn.

7. Tolong jgn kata akak ni pemalas jika kalian nmpk suami akak bntu akak cuci kain dan mengemas sebab akak juga membantu abg kalian dalam mencari nafkah.

8. Tolong jgn kata akak guna semuanya gaji suami akak sedangkan akak juga berkerja. Gaji suami akak memang mencukupi utk kami berdua tapi tidak mencukupi utk “kita semua” sebab itu akak membantu abg dlm mencukupinya.

9. Jika kalian minta belikan sesuatu or minta duit kat suami akak tolong kalian jgn bersembunyi dari akak, tlg jgn kata akak marah, tlg jgn kata akak kedekut krn kamu tidak tahu akak dalam diam sggup mengalah demi keperluan kamu,sggup ketepikan keperluan akak demi memenuhi keinginan kalian.

10. Tolong hargai akak seperti mana kamu hargai abg kalian sebab selama ini akaklah tulang belakang suami akak yg sentiasa ada dikala kamu dalam kesusahan.

Sekian.. isteri kepada anak sulung.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...