Beberapa hari yang lalu, seorang wanita yang merupakan bekas peserta Ceria Popstar 2014 telah selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya.
Pakai veil sewaktu hari perkahwinan abang
Bagaimanapun, majlis nikahnya telah menjadi perhatian ramai selepas adik perempuan pengantin lelaki dilihat memakai veil sehinggakan orang ramai menganggap dirinya merupakan pengantin wanita.
Netizen yang melihat video tersebut rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dan merasakan perbuatan tersebut tidak seharusnya dilakukan oleh adik perempuan pengantin lelaki itu.
Kakak ipar tampil bersuara, tiada masalah dengan pakaian adik ipar
Sedar adik ipar teruk dikecam, pengantin wanita itu tampil bersuara dengan memohon orang ramai berhenti mengecam adik iparnya.
Saya okay sahaja dengan apa yang dipakai olehnya, dia nampak cantik masa hari tersebut.
Kata wanita bernama Erissa itu lagi, adik iparnya juga sudah meminta izin serta bertanya sama ada boleh atau tidak untuk memakai pakaian sedemikian.
Adik ipar saya pun bersiap di bilik yang sama saya bersiap dan saya sudah tahu lebih awal apa yang dia mahu pakai.