Diana Danielle terpalit dengan dua kontroversi gambar seksi tahun ini. Kontroversi pertama ialah gambar di majalah Esquire yang menampilkan Diana hanya memakai bra dan seluar pendek hitam dengan tubuh berbalut bendera Amerika Syarikat.
Kontroversi kedua berlaku selepas itu melalui gambar dalam majalah Glam yang menampilkan Diana dalam gaun seksi dan dengan video aksi yang kurang disenangi masyarakat.
Pengarah Urusan syarikat pengurusan Diana, Prokuya Studios, iaitu Fadzil Zahari (yang juga adik ipar Diana), telah membuat permohonan maaf kepada orang ramai berhubung gambar-gambar itu melalui Berita Harian. Kata Fadzil:
Sebagai wakil Prokuya Studios, saya harus memikul tanggungjawab ini, seterusnya membuat permohonan maaf kepada seluruh masyarakat yang berasa tersinggung.
Kami berdiam diri bukan kerana ingin lari daripada memberi komen, tetapi mahu membiarkan keadaan reda terlebih dahulu sebelum memberi penjelasan.
Fadzil memberi alasan mengapa insiden itu terlepas dari pemerhatian dan pertimbangan mereka:
Ketika fotografi, saya atau kakitangan lain tiada di lokasi. Jadi kami tidak tahu apa yang berlaku hingga edisi berkenaan berada di pasaran. Gambar itu kemudian membangkitkan kemarahan ramai yang membuatkan kami terpaksa menunggu hingga situasi reda.
Saya juga tidak menyangka selepas itu muncul pula majalah kedua. Walaupun gambar itu tidak seperti yang pertama, ia sekali lagi membuat orang ramai tersinggung.
Pihak kami bukan sengaja mahu membakar lagi suasana dengan satu persatu kontroversi. Sebenarnya pembikinan gambar untuk majalah kedua dilakukan lebih awal, iaitu sekitar awal tahun ini.
Saya pun tidak pasti mengapa selepas muka depan majalah antarabangsa versi Malaysia itu menjadi bualan, baru majalah lagi satu menerbitkan gambarnya? Saya mahu menjelaskan Prokuya Studios tidak bermaksud membangkitkan kemarahan sesiapa berhubung isu ini.
Bagaimanapun, Fadzil enggan memberi ulasan ketika ditanya mengenai keberanian Diana bergambar sebegitu serta penerimaan keluarganya berkenaan isu panas hasil sesi fotografi kakak iparnya itu. Dia juga enggan mengulas tentang sebab Diana sukar dihubungi walaupun sebelum kedua-dua kontroversi itu berlaku.
Pada pendapat kami, Diana tidak perlukan pertimbangan pihak pengurusan untuk membuat keputusan sama ada patut membabitkan diri dengan sesi fotografi seperti itu. Sebagai seorang wanita dewasa yang hidup di kalangan masyarakat Malaysia yang mementingkan kesopanan wanita, apatah lagi sebagai seorang ibu, ditambah pula kita kini berada dalam era Internet di mana isu panas mudah diviralkan, dia seharusnya tahu apa batasnya dan garisan mana yang tidak patut dicerobohi atas nama kebebasan.
Bagaimanapun, ini hanya pandangan kami saja, terpulanglah Diana henda menerima atau tidak, kerana dirinya yang menjadi cemuhan bila bergambar seksi. Semoga sukses diucapkan buat Diana.
Sebilangan kita mungkin sudah biasa dengan sajian istimewa nasi yang dihiasi pelbagai lauk pauk yang enak. Namun, masih…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 16 April 2015