Adik Disahkan Positif COVID-19, Ras Adiba Jalani Tempoh Kuarantin

Hiburan

Adik Disahkan Positif COVID-19, Ras Adiba Jalani Tempoh Kuarantin

Selepas salah seorang ahli keluarganya disahkan positif Covid-19, Senator Ahli Dewan Negara yang juga personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi mendedahkan dirinya kini perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

Advertisement

Menurutnya, beliau telah menjalani ujian saringan dan sedang menunggu keputusan status dirinya.

Perkara itu dikongsi sendiri olehnya menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram.

“Saya ingin memaklumkan bahawa seorang pegawai khas saya yang juga merupakan adik saya iaitu Ras Afiona Radzi telah disahkan positif Covid-19 setelah melakukan ujian saringan baru-baru ini. Kini beliau sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh. Untuk makluman semua, saya dan seramai 10 ahli keluarga saya sedang menunggu keputusan saringan Covid-19,”

Susulan kejadian, beliau juga dilihat tidak segan memohon maaf andai perkara tersebut menyusahkan ramai pihak.

Terdahulu, beliau dilihat memuat naik sekeping foto memaparkan imej tangan yang memakai gelang bertarikh 18 Oktober sehingga 12 November 2020.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...