“Adik-beradik Terima Bahagian Faraid, Tapi Enggan Bayarkan Hutang Arwah”

Trending

“Adik-beradik Terima Bahagian Faraid, Tapi Enggan Bayarkan Hutang Arwah”

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa meninggalkan wasiat ialah sangat penting bagi seorang suami bagi memastikan isteri dan anak mendapat bahagian yang sewajarnya bagi membolehkankan isteri dan anak-anak menyelesaikan hutang suami sekiranya ada. Tanpa wasiat, harta peninggalan suami akan dibahagikan mengikut sistem Faraid.

faraidMenurut istilah syara’, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya, menurut hukum Islam. Jika waris menjalankan tanggungjawab sebagai waris dengan adil, tidak ada masalah. Bagaimanapun, ada yang mengambil kesempatan dari harta yang diterima, menyimpan apa yang didapati dari sistem tersebut untuk kepentingan diri, tanpa menyelesaikan hutang si mati seperti yang diceritakan seorang pengguna Facebook bernama Umi Khisom. Ikuti penerangannya:

Advertisement

Melampau lah dia orang ni!

Duit arwah ada tapi dia orang simpan dan tak nak bayarkan hutang arwah.

Entah apa yang mereka fikirkan.

Nama je adik beradik tetapi sayang sekali adik beradik mata duitan.

Kejam mereka ni!

Memang mereka sungguh kejam tak kasihan pada arwah yang sangat berbaik sangka pada mereka.

Maaf atas bahasa yang kasar pagi-pagi ni.

Saya dapat panggilan dari puan Amy semalam.

Ingat lagi pada kisah puan Amy?

Suami beliau meninggal dunia tahun lepas dan meninggalkan ibu, isteri, 1 anak perempuan dan adik beradik.

Dari segi pembahagian faraid,
ibu dapat 1/6 = 4/24
isteri 1/8 = 3/24
1 anak perempuan 1/2 = 12/24
baki 5/24 jatuh pada adik beradik.

Isteri tu dapat bahagian faraid paling kecil. Harta itu untuk kegunaan diri dia sendiri. Dia tidak perlu gunakan harta itu untuk menyara anak.

Siapakah yang sepatutnya menyara anak dia?

Tanggungjawab itu jatuh kepada wali anak tersebut yakni pakcik-pakcik dia. Sebab adik beradik arwah pun dapat hak faraid.

Cuma yang sedihnya arwah tidak membuat sebarang perancangan harta.

Isteri surirumah sepenuh masa. Dia diminta berhenti berkerja oleh suami.

Anak masih kecil lagi baru 2 tahun.

Penama suami letak nama mak. Tak tukar-tukar.

Masa suami sakit isteri tanya tak buat perancangan ke? Jawab suami ‘Takkanlah adik-beradik saya nak ambil harta saya’. Ya lah dia yang penat bekerja untuk anak dan isteri dia.

Ya dia berbaik sangka!

Meninggal je suami, adalah adik beradik yang kononnya nak menolong. Di ambil nya dokumen penting. Mereka keluarkan duit-duit dari kwsp, tabung haji, unit trust dan insuran yang ada penama ibu arwah. Anggaran adalah lebih dari RM 1.5 juta. Disimpannya duit tu. Tidak di beri sesen pun pada balu dan anak.

Loan rumah masih ada baki RM 1 juta atas nama arwah. Ini hutang yang arwah tinggalkan. Hutang ini WAJIB di bayar menggunakan harta pusaka (kwsp, tabung haji, insuran, unit trust) yang arwah tinggalkan. Kalau ada baki barulah dibahagikan.

Isteri arwah terpaksa menuntut harta sepencarian di Mahkamah Syariah. Semua waris-waris kena hadir semasa pembicaraan. Ini semua membebankan waris. Nak pergi mahkamah kena ambil peguam ya. Tambah lagi kos. Kalau tak ada duit macamana?

Kali pertama pembicaraan ramai adik beradik suami yang tak hadir. Sampai hakim kasi warning. Dan hakim sudah meminta mereka menyelesaikan hutang arwah.

Kali kedua semua waris-waris hadir. Adik beradik arwah mahu semua harta di jual termasuk rumah yang di diami keluarga arwah. Lepas keluar mahkamah ada pula adik beradik arwah yang cakap pada balu arwah ‘Lepas ini kita tiada ikatan’. Wow begitu mudah sekali mereka mahu melepaskan tanggugjawab mereka.

Kali ketiga keputusan mahkamah, semua adik beradik suami tak hadir. Alhamdulillah hakim memberi harta sepencarian sebuah rumah (dari 2 rumah), sebuah kereta (dari 2 buah kereta) dan sebuah motor. Yang lain tu adalah bahagian isteri di beri 30% dan ada yang ikut faraid.

Dan yang paling menakutkan saya bila puan Amy memberitahu bahawa hakim berkata dia sudah berpuluh-puluh tahun dalam bidang ini dan dia nampak sendiri betapa celaka nya hidup mereka yang ambil faraid tetapi tidak melakukan tanggungjawab mereka.

Kita tidak mendoakan kecelakaan bagi mereka sebab impak nya akan jatuh kepada keluarga mereka jua.

Tetapi hari ini saya nak minta anda semua yang membaca agar mendoakan proses pengurusan harta puan Amy ini berjalan dengan mudah, hutang-hutang arwah di bayar dan Allah beri pertunjuk dan hidayah kepada adik-beradik arwah. Semoga silaturrahim mereka berkekalan. aamin.

Proses pengurusan harta arwah sekarang di Mahkamah Sivil. Nak dapatkan surat kuasa pun perlukan persetujuan semua waris-waris arwah. Surat kuasa ini perlu untuk keluarkan duit dari bank, nak tukar geran kereta dll. Ada adik-beradik arwah yang masih tak nak memberikan kerjasama.

Itulah sahabat kenapa RM 60 billion masih beku lagi. Terpaksa melalui proses yang sukar dan kos yang tinggi untuk mencairkan harta yang beku.

Siapa yang belum buat perancangan mulakan dengan niat hari ini.

InshaAllah kita jumpa lagi.

Sumber: Umi Khisom

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

4 Comments

  1. Hadzri Anuar

    July 30, 2017 at 12:14 am

    Assalammualaikum,
    Tidak lebih 1/3 anda boleh wasiatkan pd bukan waris Faraid seperti ibubapa angkat, anak angkat, sahabat, atau pun utk infaq jariah.
    Baki wajib di faraid. Disamping itu mungkin anda nak bagi lebih pd isteri tercinta anda masih ada pilihan yakni seperti Pri-Hibah dan Deklarasi Harta Sepencarian asalkan tidak melanggar ketetapan hukum syarak.

    Sebenarnya perkara paling utama adalah hak si pewasiat/simati. Tujuan merangka Perancangan harta pusaka islam (wasiat, pri-hibah & deklarasi harta sepencarian) adalah utk melantik WASI/PENTADBIR.

    Wasi akan mendapatkan Probet. Pabila probet diperolehi barulah wasiat/faraid dpt dilaksana utk aset dicairkan dan diagih pd waris2. Tapi tujuan utama adalah hak simati diutamakan dahulu. Seperti hutang2 dunia (bank, creditcard, perseorangan, lhdn) dan hutang akhirat (haji, zakat, fidyah, kafarah) simati perlu dielesaikan terlebih dahulu. Soalnya sekarang apakah jaminan drp waris2 akan berbuat demikian? Apakah mereka mengetahui segala-galanya yg ditinggalkan oleh simati.

    PERINGATAN Tanpa Wasi/Pentadbir maknanya tiada Probet. Tanpa Probet sampai bila2 pun harta simati akan dibekukan dan x dpt diagihkan pd waris2 apatah lg utk selesaikan hutang2 simati.
    Bijak Dahulu Bijak Sekarang. Lebih Bijak Call/Wasaps saya sekarang. Utk pencerahann lebih lanjut boleh hubungi saya Hadzri 012. 5678. 801

  2. Neg7

    November 15, 2016 at 11:19 am

    Salah faham nih.. 1/3 je harta yg boleh diwasiat.. lebihnya perlu di faraid.. hukum faraid ni hukun dlm al-quran, boleh semak yg lebih ahli hal ni.. klu x nak kena faraid, hibah siap2 sebelum meninggal..

  3. Hisham

    November 7, 2016 at 12:57 am

    Perkongsian yg terbaik untuk difahami oleh semua…mudah-mudahan tidak berlaku pada siapa2

  4. Muhammad Miqdad

    November 5, 2016 at 10:26 pm

    Assalamualaikum…terima kasih atas perkongsian yg sgt bagus ni..
    Sy pon telah belajar tentang pengurusan harta pusaka… faraid adalah satu ketetapan.. tetapi hibah, wasiat, dan byk lagi adalah pilihan..
    Jadi sy sarankan, hendaklah kita buat hibah seperti yg dilaksanakan oleh hibah takaful.. wasiat boleh terbatal jika ada yg tidak setuju.. tetapi hibah tidak boleh terbatal.. Wallahualam..
    Boleh call / whatsapp sy utk lebih detail berkaitan hibah
    014. 508. 9414 Miqdad