Adik-Beradik ‘Instafamous’ Dan Pelakon, Buat Kerosakan Ketika Menyewa Homestay

Trending

Adik-Beradik ‘Instafamous’ Dan Pelakon, Buat Kerosakan Ketika Menyewa Homestay

Seorang pemilik homestay yang dikenali sebagai Raysya’s Homestay terletak di Temerloh Pahang, berkongsi di laman Facebooknya mengenai kejadian yang berlaku setelah beberapa individu tidak bertanggungjawab menyewa di homestay tersebut.

Menurutnya mereka menginap di homestay itu pada 4 Ogos sehigga 7 Ogos. Setelah penyewa itu keluar dari situ, pekerjanya yang pergi ke sana terperanjat melihat keadaan homestay yang amat teruk dan berlaku banyak kerosakan.

Advertisement

Individu yang menyewa di sana turut tidak mahu menjelaskan baki wang penginapan sebanyak RM 100.00. Apabila cuba dihubungi, penyewa itu bertindak untuk tidak menjawab panggilannya.

Penyewa melanggar peraturan homestay

Menurut pemilik itu lagi, kumpulan individu yang menyewa di homestay tersebut telah melanggar peraturan yang ditetapkan serta melakukan banyak kerosakkan seperti:

1.mengubah kedudukan perabot (meja komputer, almari bilik)
2.menghisap rokok di dalam rumah
3.bawa masuk minuman tidak halal (arak)
4.tinggal homestay dalam keadaan yang tersangat kotor
5.memecahkan sinki toilet
6.lampu bilik air tidak tutup
7.merosakkan set bbq (kaki set bbq dipatahkan)
8.tilam terkoyak

Pemilik akhirnya menggunakan nombor telefon lain dan barulah penyewa itu menjawab panggilannya.

Ketika dia bertanyakan kepada penyewa itu tentang apa yang berlaku, indvidu itu memberikan alasan bahawa dia tidak tahu mengenainya dan mengatakan sinki di rumah tersebut telah pun pecah sebelum mereka menginap di sana.

Guest tersebut adalah melayu islam. Bukan non muslim ye. Adik, kakak, seorang budak lelaki. 2 orang lelaki dewasa. Mungkin juga ada org lain yang saya tidak tahu.”

Penyewa merupakan adik-beradik yang dikenali ramai

Setelah perkara itu tular, beberapa sumber memberitahu bahawa mereka yang menyewa itu merupakan adik-beradik yang dikenali umum.

“Kakak seorang instafamous ada 13k followers. Si adik pelakon pembantu drama 20 episod di TV3. Belum ditayangkan lagi rasanya.”

Satu sumber turut menyatakan salah seorang penyewa itu merupakan instafamous yang pernah tular kerana kes hidup mewah dengan hasil menyamun.

Baca: “Bukan Main Bergambar Dengan Kereta Curi”, Instafamous Ditahan Hidup Mewah Hasil Samun

Mula respon setelah kisah tular

Pemilik homestay itu kemudiannya memberitahu bahawa penyewa itu hanya mula mahu berbincang dan memberi maklum balas setelah kisah mengenai mereka tular.

Walaupun begitu penyewa tersebut masih tidak mahu membayar wang ganti rugi seperti yang diminta sebanyak RM340.00, sebaliknya hanya bersetuju untuk membayar sebanyak RM240.00.

Penyewa itu menyatakan pemilik tersebut cuba untuk mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku.


Menurut pemilik itu, ini merupakan pertama kali mereka mendapat penyewa yang melakukan perbuatan buruk seperti ini. Sebelum ini semua penyewanya sangat baik dan menjaga homestay tersebut dengan elok.

Dia menganggap apa yang berlaku sebagai pengajaran dan ujian. Menurutnya lagi, dia berkongsi tentang kejadian yang menimpanya itu untuk menjadi peringatan kepada pemilik homestay lain agar lebih berhati-hati dalam mengambil penyewa di homestay mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...