Ibu bapa kepada penyanyi Amira Othman dilaporkan kagum dengan penampilan aktor popular, Fattah Amin ketika pertama kali bersua muka.
Memetik Harian Metro, perkara itu dikongsikan oleh adik Amira, Irfan Haris menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
“Mak dan ayah saya terus cakap satu perkara saja – handsome betul Fattah ni,” katanya sambil mengimbau reaksi awal keluarganya.
Bagi Irfan sendiri, penampilan Fattah di matanya bagaikan “Superman Malaysia.” Ujarnya,
Kali pertama saya jumpa Abang Fattah, sempat juga berborak. Esoknya saya beritahu kakak, memang betul-betul kacak orangnya. Macam Superman Malaysia.
Irfan menambah, Fattah bukan sekadar punya rupa tetapi juga seorang lelaki yang baik, merendah diri dan pemurah, malah langsung tidak menunjukkan sebarang “red flag.” Jelasnya,
Dia lengkap sebagai seorang lelaki. Semua yang ditunjukkan adalah ‘green flag’.
Untuk rekod, Fattah dan Amira akan diijabkabulkan esok selepas baru-baru ini mengumumkan hubungan cinta mereka secara terbuka.