August 24th, 2009

jehan miskin

Bila diberitahu yang Abang Nara diperlukan untuk shooting Projek Alpha, 7 Malaysia Top Bloggers, terus Abang Nara terbayang gambar Jehan Miskin dengan ketiak basahnya macam kat gambar atas. Malu besar kalau nanti keluar dalam TV ada part ketiak basah. Jatuh saham Abang Nara.

Nasib baik salah satu penaja Projek Alpha nie Adidas. Abang Nara pun tanyalah kat Encik Sam, salah seorang orang kuat Adidas, kot-kot ada produk Adidas yang boleh pastikan kesegaran yang berkekalan terutama kat bahagian ketiak.

Terus Encik Sam dengan bangganya menghulurkan Adidas Action 3 kat Abang Nara sambil berkata:-

“Cuba u try guna nie. I jamin confirm berkesan punya.”

Apa lagi Abang Nara pun dengan muka teruja seperti gambar di bawah terus tanpa segan silu berposing dengan Adidas Action 3 Fresh (almaklumlah kaler feveret Abang Nara memang warna biru). Adidas Action 3 nie ada banyak jenis tau. Fresh nie salah satu daripadanyalah.

Abang Nara awal-awal lagi dah kagum dengan packaging Adidas Action 3 nie. Sekali tengok nampak macam perfume pulak. Bukannya nampak macam deodorant. Ringan plak tue. Saiz Adidas Action 3 nie pun tak besar sangat. Pendek kata Abang Nara boleh bawak ke mana-mana saja untuk digunakan bila-bila masa saja.

Mula-mula Abang Nara tak tahu nak guna macam mana. Maklumla selama nie deodorant yang Abang Nara guna semua jenis roll. Nasib baik Encik Sam dengan baik hatinya bagi tunjuk ajar kat Abang Nara.

“Ini Adidas Action 3 jenis spray punya. U just spray je bahagian ketiak u tue. Bukan roll macam deodorant lain. Lagi satu dia efektif untuk 24 hours. Bagi u punya badan fresh dan tak ada bau keluar.”

Kagum terus Abang Nara dibuatnya. Spray rupanya Adidas Action 3 nie. Apa lagi, dengan selambanya Abang Nara terus menyepray ke celah-celah baju yang tengah dipakai tue.

Abang Nara buat semua nie di tengah-tengah deretan kedai di Sunway Pyramid tau. Memang teruja betul nak guna deodorant nie sampai hilang segala malu.(perasan tak ada kedai Watson kat gambar bawah tue, Abang Nara shooting kat situ la).

adidas action 3

Terus terasa kesegaran. Nie memang tak tipu punya. Sejuk dia lain macam sikit. Abang Nara cuba bau sikit kat tempat yang disembur tue. Memang ternyata wangi dan bau dia menusuk kalbu. Memang mantap beb. Lepas tue Abang Nara pun mulakanlah shooting sampai ke petang. Ternyata memang kesegaran dia bertahan lama. Tak perlu nak sembur-sembur dah.

Ha, gambar Abang Nara ngan burung kat atas tue diamik kira-kira 6 jam lepas semburan dilakukan. Cuba tengok betul-betul kat bahagian ketiak Abang Nara. Memang tak ada kesan basah macam Jehan Miskin. Adidas Action 3 memang terbaik untuk mereka-mereka yang ada masalah macam Jehan Miskin.

Abang Nara pasti pilih Adidas Action 3 untuk kesegaran yang berkekalan sepanjang hari. Anda pula bagaimana?


Comments are closed.

Loading...