Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Adibah Noor Tegur Cara Sebutan Perkataan Inggeris Rina Harun, ‘Doubt’ Hilangkan Bunyi B

Sebelum ini, penampilan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina mendapat perhatian ramai apabila beliau dilihat semakin langsing. Ramai yang terpegun melihat beliau menggayakan koleksi baju kurung daripada pereka fesyen terkenal, Man Kajang.

Terbaru, penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor, menegur sebutan perkataan bahasa Inggeris Rina Harun ketika membacakan teks dalam persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Sesi ke-59.

Advertisement

Menerusi video pendek yang dimuat naik, Adibah Noor memuji teks ucapan yang ditulis dengan baik. Malah, dia berharap dapat membacanya sendiri.

Advertisement

Mengenai sebutan bahasa Inggeris pula, Adibah Noor menjelaskan doubt disebut dengan menghilangkan bunyi ‘b’ iaitu ‘dout’ bukannya dupdaobdib. Cara sebutan bagi perkataan debt juga sama iaitu dengan menghilangkan ‘b’ iaitu det.

Sehingga kini, video ini telah mendapat lebih 15k retweet dan 22k likes daripada pengguna Twitter. Mereka memuji penyanyi ini yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu dengan pengikutnya. Sama-sama kita belajar ya.

SUMBER : Adibah Noor
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 Comments

  1. Abg Black

    February 16, 2021 at 6:26 pm

    ada geng2 JKOM ke sini?
    defend menteri pulak dah.

    dulu mat sabu ckp cmni bertalu2 korg tembak.
    ni dkt ex umno ex ph korg okay pulak?

  2. Anonymous

    February 16, 2021 at 1:46 pm

    To Nani…bukan tak sokong awak..tapi ada betulnya juga Adibah perbetulkan English tu..Klu tidak kita M’sian mmg slalu slah dlm pronunciation. termasuk sayalh..baru tau debt disebut det…ahaha..good job adibah

  3. Nani

    February 16, 2021 at 1:04 pm

    To me is sokay because it is not her native languange. NO big deal! Saya keje account saye pun cakap bad debt bunyi bad dep. Chinese malaysian english is also horrible tp nobody make fun of them. Ada org cakap often bunyi sama mcm ejaan, ada cakap ofen dua2 pun betul depend pada lokasi mana english. Dulu ada lagu Dont speak by No Doubt saye pun cakap No Doubt and everybody understand…tak malu pun.. Majority retis cakap CAREER bunyik ”keirier”
    “i no understand these people-khabib normagomedov”.

    • Chukete

      February 16, 2021 at 2:17 pm

      bukan make fun. tetapi educate. apa salahnya. jgn malu atau marah bila orang perbetulkan kita. saya selalu memperbetulkan anak-anak dan juga adik-beradik. pada saya semua orang perlu sentiasa improve diri dalam semua perkara.

    • Anonymous

      February 16, 2021 at 5:34 pm

      Yes..but YOU ARE NOT A MINISTER.

  4. thank you

    February 16, 2021 at 12:17 pm

    Baru tau jgk doubt sebut cmtu

  5. anonymous

    February 16, 2021 at 11:20 am

    salute Dibah for the education,government should have hire her as english educator to some minister

    • Anonymous

      February 16, 2021 at 1:57 pm

      No DOUBT English isn’t her first language. Tapi sebagai menteri, dia mewakili kerajaan Malaysia so kena polish lagi penggunaan English. Maybe she did, but sepatutnya she went through her speech again and again with a trainer to get the pronunciation on point.

    • Anonymous

      February 16, 2021 at 5:37 pm

      Dia mmg english teacher sebelum jd penyanyi. Mgkn dah tak minat mengajar tp ilmu masih ada

Loading...
To Top