Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Adibah Noor Tegur Cara Sebutan Perkataan Inggeris Rina Harun, ‘Doubt’ Hilangkan Bunyi B

Sebelum ini, penampilan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina mendapat perhatian ramai apabila beliau dilihat semakin langsing. Ramai yang terpegun melihat beliau menggayakan koleksi baju kurung daripada pereka fesyen terkenal, Man Kajang.

Terbaru, penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor, menegur sebutan perkataan bahasa Inggeris Rina Harun ketika membacakan teks dalam persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Sesi ke-59.

Advertisement

Menerusi video pendek yang dimuat naik, Adibah Noor memuji teks ucapan yang ditulis dengan baik. Malah, dia berharap dapat membacanya sendiri.

Mengenai sebutan bahasa Inggeris pula, Adibah Noor menjelaskan doubt disebut dengan menghilangkan bunyi ‘b’ iaitu ‘dout’ bukannya dupdaobdib. Cara sebutan bagi perkataan debt juga sama iaitu dengan menghilangkan ‘b’ iaitu det.

Sehingga kini, video ini telah mendapat lebih 15k retweet dan 22k likes daripada pengguna Twitter. Mereka memuji penyanyi ini yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu dengan pengikutnya. Sama-sama kita belajar ya.

SUMBER : Adibah Noor
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 Comments

  1. Gwen S

    February 16, 2021 at 10:26 pm

    Pada aku tak appropriate kot they way adibah cakap i wished i could read the text myself. Maaf tak cool weyhh.. Aku pun educator, aku takdak masa lah nak make fun of clip/footage orang ke dalam content aku! If the intention was right, it should be right in every aspect. Rina adalah seorang wanita melayu yang dihormati, tak salah kita respect dia dan tegur in respectful manner. (kalau kau tegur pada budak2 dengan cara macam ni pun dia orang akan rasa taknak belajar or takut to speak in English)

    • Anonymous

      February 17, 2021 at 10:12 am

      uweekkk…cium bontot RINA ke wehhh

    • Anonymous

      February 17, 2021 at 12:15 pm

      Sebab public figures and politicians la patut tegur and semua orang tau what’s the mistake. diorang patutnya jadi role model kat budak2 ajar cara cakap cara betul. If Rina wasn’t able to speak proper English then mungkin boleh cakap proper BM. At least mengajar budak cakap proper BM. after all there’s nothing wrong in being proud with our bahasa kebangsaan.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top