Adibah Noor Tegur Cara Sebutan Perkataan Inggeris Rina Harun, ‘Doubt’ Hilangkan Bunyi B

Hiburan

Adibah Noor Tegur Cara Sebutan Perkataan Inggeris Rina Harun, ‘Doubt’ Hilangkan Bunyi B

Sebelum ini, penampilan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina mendapat perhatian ramai apabila beliau dilihat semakin langsing. Ramai yang terpegun melihat beliau menggayakan koleksi baju kurung daripada pereka fesyen terkenal, Man Kajang.

Terbaru, penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor, menegur sebutan perkataan bahasa Inggeris Rina Harun ketika membacakan teks dalam persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Sesi ke-59.

Advertisement

Menerusi video pendek yang dimuat naik, Adibah Noor memuji teks ucapan yang ditulis dengan baik. Malah, dia berharap dapat membacanya sendiri.

Mengenai sebutan bahasa Inggeris pula, Adibah Noor menjelaskan doubt disebut dengan menghilangkan bunyi ‘b’ iaitu ‘dout’ bukannya dupdaobdib. Cara sebutan bagi perkataan debt juga sama iaitu dengan menghilangkan ‘b’ iaitu det.

Sehingga kini, video ini telah mendapat lebih 15k retweet dan 22k likes daripada pengguna Twitter. Mereka memuji penyanyi ini yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu dengan pengikutnya. Sama-sama kita belajar ya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Adibah Noor

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...