April 6th, 2020

“Peperangan” antara artis dan netizen nampaknya belum berakhir lagi dan semakin hangat.

adibah noor

Terbaru, penyanyi Adibah Noor menyelar tindakan seorang individu di laman Twitter yang memperlekehkan taraf artis tempatan yang dikatakan tidak berkualiti dan tiada maruah.

Terkilan dengan kenyataan biadab itu, Adibah berkata sekiranya netizen itu berfikiran sedemikian, maka dia tidak perlu berurusan dengan mana-mana artis lagi selepas ini, terutama sekali apabila ingin meminta bantuan atau derma.

adibah noor selar netizen label artis bodoh dan tiada maruah

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta supaya Adibah bersabar dan tidak melayan kenyataan negatif tersebut.

Kata mereka, tidak dinafikan sekarang ini ada pihak yang membenci artis, tetapi ramai yang menyayangi Adibah.

netizen gelar artis bodoh dan tiada maruah artis dan netizen artis hina netizen

Mungkin ramai yang geram dengan tindakan beberapa artis sebelum ini yang mencetuskan pelbagai kontroversi selain dakwaan menghina netizen dengan kata-kata kesat. Namun, tidak boleh lah terus menghukum dan menyamakan artis lain dengan mereka.

Tidak perlu lagi “berperang” dengan artis dan jangan terlalu ambil pusing dengan kata-kata mereka.


6 responses to “Adibah Noor Selar Netizen Label Artis Bodoh & Tiada Maruah”

  1. Anonymous says:

    Dok diam dh le kak oi..wt pa nk marah2 netizen.. yg mule kn kecoh2 ni artis juga bukan netizen..nk wt cadangan mintak bantuan kerajaan siap bt video dlu bgi thu netizen..sepatut nya g kt persatuan bincang dlu..kne kecam nk bisig2 marah netizen..apa la..

Loading...