Adibah Noor Kehilangan Kucing Tersayang, Hidup Lama Ibarat 77 Tahun Umur Manusia

Hiburan

Adibah Noor Kehilangan Kucing Tersayang, Hidup Lama Ibarat 77 Tahun Umur Manusia

Kucing kesayangan kepada bintang Gegar Vaganza musim ke-8, Adibah Noor khabarnya telah menghembuskan nafas terakhir setelah 15 tahun menemani penyanyi itu.

Adibah memaklumkan bahawa kucing yang diberi nama Bobby itu telah banyak mewarnai dan berjasa terhadap dirinya.

Advertisement

Perkara tersebut turut dikongsikan penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Terdahulu, Adibah ada berkongsi mengenai keadaan kesihatan kucing kesayangannya itu sedang sakit dan mengalami sawan.

Tulisnya lagi, Bobby berusia 15 tahun mengikut usia kucing dan 77 tahun jika dalam usia manusia.

Selain Bobby, Adibah juga memiliki beberapa kucing peliharaan lain yang diberi nama Along, Marco dan Billy.

Penyanyi itu memang dikenali sebagai pecinta kucing dan untuk rekod dia juga memiliki lebih 40 ekor kucing peliharaan pelbagai baka termasuklah kucing jalanan yang dibela di rumahnya.

Adibah Noor
2 years ago

Adibah Noor Akui Serik Bercinta Kerana Sudah Lima Kali Dikecewakan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...