Rancangan yang diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan iaitu I Can See Your Voice Malaysia antara rancangan yang diminati ramai. Minggu lalu, primadona tanah air iaitu Erra Fazira telah diundang sebagai artis jemputan.
Namun, agak mengecewakan apabila Erra memilih penyamar bersuara sumbang sebagai rakan duetnya, sedangkan penyanyi misteri yang disingkirkan adalah penyanyi sebenar dan sangat berbakat.
Malangnya, dia tidak dipilih hanya kerana penampilannya yang dilihat tidak menyakinkan.
Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi Adibah Noor yang menyifatkan situasi itu sebagai ‘body shaming’, hanya kerana tidak kelihatan seperti penyanyi gara-gara berbadan gempal. Selepas itu tiba-tiba pula rasa kagum dengan bakatnya selepas tahu dia boleh menyanyi dengan baik. Kenapa pula begitu?
Yang dinilai hanyalah penampilan dan bukannya bakat, mengapa perlu membuat program seperti itu?
Rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Adibah itu. Melabelkan program tersebut lebih memilih rupa berbanding bakat.
Konsep program tersebut adalah berbentuk hiburan dan fikir positif mungkin Erra mahupun juri-juri yang lain tiada niat untuk memperlekehkan bakat serta ‘body shaming’ peserta tersebut. Apa pula pendapat anda?
Whatever
March 25, 2020 at 4:40 pm
Dari minggu yg lepas2 pun juri tgk pd rupa..especially si yusry tu..ada episod abg lori tu,mentang2 bwk lori rupa xde dia kata penyamar..padahal masa lip sync pun npk mulut dia mmg boleh nyanyi..bila tgk org tu blh nyanyi dh termalu2..yusry paling obvius pilih rupa..no wonder kru keluar produk semua ada rupa tp bakat ke laut dlm..bila nyanyi live hancur
Anonymous
March 25, 2020 at 3:22 pm
Tak minat tguk.. Buang masa Dan bazir elektrik
Fatmah
March 25, 2020 at 1:23 pm
Aku ingt aku jak yg terasa dgn ICSYV ep.. Mgu lpas.. Hihihii apa2 pun adik tu mmg terbaik.. ? Ira shzira jak yg pertahankn dia penyanyi sbnr.. ?
Fatmah
March 25, 2020 at 1:23 pm
Aku ingt aku jak yg terasa dgn ICSYV ep.. Mgu lpas.. Hihihii apa2 pun adik tu mmg terbaik.. ? Ira shzira jak yg pertahankn dia penyanyi sbnr.. ?
Anonymous
March 25, 2020 at 1:19 pm
Erra suara tk sedap die dah tahu budak tu ble nyanyi sbb tu pilih suara sumbang.