Adibah Noor Kecam Erra Fazira ‘Body Shaming’ Peserta I Can See Your Voice Malaysia?

Hiburan

Adibah Noor Kecam Erra Fazira ‘Body Shaming’ Peserta I Can See Your Voice Malaysia?

Rancangan yang diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan iaitu I Can See Your Voice Malaysia antara rancangan yang diminati ramai. Minggu lalu,  primadona tanah air iaitu Erra Fazira  telah diundang sebagai artis jemputan.

erra fazira i can see your voice malaysia

Advertisement

Namun, agak mengecewakan apabila Erra memilih penyamar bersuara sumbang sebagai rakan duetnya, sedangkan penyanyi misteri yang disingkirkan adalah penyanyi sebenar dan sangat berbakat.

Malangnya, dia tidak dipilih hanya kerana penampilannya yang dilihat tidak menyakinkan.

amierah hashima i can see your voice malaysia

 

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi Adibah Noor yang menyifatkan situasi itu sebagai ‘body shaming’, hanya kerana tidak kelihatan seperti penyanyi gara-gara berbadan gempal. Selepas itu tiba-tiba pula rasa kagum dengan bakatnya selepas tahu dia boleh menyanyi dengan baik. Kenapa pula begitu?

Yang dinilai hanyalah penampilan dan bukannya bakat, mengapa perlu membuat program seperti itu?

adibah noor erra fazira bodyshaming peserta i can see your voice malaysia adibah noor erra fazira bodyshaming peserta i can see your voice malaysia

Rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Adibah itu. Melabelkan program tersebut lebih memilih rupa berbanding bakat.

adibah noor erra fazira bodyshaming adibah noor erra fazira bodyshaming adibah noor erra fazira bodyshaming

Konsep program tersebut adalah berbentuk hiburan dan fikir positif mungkin Erra mahupun juri-juri yang lain tiada niat untuk memperlekehkan bakat serta ‘body shaming’ peserta tersebut. Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Forum CARI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...