Rancangan yang diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan iaitu I Can See Your Voice Malaysia antara rancangan yang diminati ramai. Minggu lalu, primadona tanah air iaitu Erra Fazira telah diundang sebagai artis jemputan.
Namun, agak mengecewakan apabila Erra memilih penyamar bersuara sumbang sebagai rakan duetnya, sedangkan penyanyi misteri yang disingkirkan adalah penyanyi sebenar dan sangat berbakat.
Malangnya, dia tidak dipilih hanya kerana penampilannya yang dilihat tidak menyakinkan.
Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi Adibah Noor yang menyifatkan situasi itu sebagai ‘body shaming’, hanya kerana tidak kelihatan seperti penyanyi gara-gara berbadan gempal. Selepas itu tiba-tiba pula rasa kagum dengan bakatnya selepas tahu dia boleh menyanyi dengan baik. Kenapa pula begitu?
Yang dinilai hanyalah penampilan dan bukannya bakat, mengapa perlu membuat program seperti itu?
Rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Adibah itu. Melabelkan program tersebut lebih memilih rupa berbanding bakat.
Konsep program tersebut adalah berbentuk hiburan dan fikir positif mungkin Erra mahupun juri-juri yang lain tiada niat untuk memperlekehkan bakat serta ‘body shaming’ peserta tersebut. Apa pula pendapat anda?

Anonymous
March 26, 2020 at 12:03 pm
Di saat seluruh dunia takut kpd wabak viras cv.19 sehingga di larang solat di masjid2 dn segala rupa yg bercorak keagamaan…tapi beetepik reyoh rendah dg muksiat di benarkan…wahai manusia yg berakal…
Anonymous
March 26, 2020 at 11:20 am
Aku xde la plak rasa erra body shaming amira tu..erra cuma xyakin yg amira tu conductor music..mcm mark ckp,dia terlalu muda..bkn psl dia bersaiz besar..
Faifai
March 25, 2020 at 8:22 pm
Betul3, game je ponnn…
Arzieka Hamzah
March 25, 2020 at 5:01 pm
Xpayah la korang nk sentap sangat. Adik tu pun ok jer. Da rezeki budak yg terpilih tu nk dpt rm3k kot…bkn senang nk dpt 3k tu. Icsyv rancangan untuk enjoy..kalau tengok komen Alif syukri lagi la…aku xsuka tengok muka dia.
Lagi direct…Musim sebelum ni ada jer org badan besar g final…
Alaa kalau korg yg jdi tukang pilih pun belum tentu btul..