Dalama bahasa seharian kita, tentu sekali ramai yang pernah menggunakan perkataan ‘retis’ iaitu merujuk kepada artis di Malaysia ataupun individu yang lagak dan gayanya seperti seorang artis.
Namun, menurut selebriti Adibah Noor, gelaran itu sebenarnya satu penghinaan dan hanyalah satu perkataan yang dicipta oleh netizen untuk merendah-rendahkan golongan artis.
Bukan Adibah sahaja yang berkata begitu, pelawak dan pengacara Jihan Muse juga berpendapat perkataan itu tidak perlu digunapakai kerana tidak wujud dalam Bahasa Melayu. Ia sekadar bahasa pasar yang dihebahkan oleh netizen.
Sejujurnya tiada isu besar pun mengenai sebutan berkenaan, memanglah bahasa jiwa bangsa tetapi ada kalanya mungkin kita perlu sedikit relaks dalam sesuatu perkara. Apa pula komen anda?