Setelah selesai mempersembahkan nyanyian sulungnya di konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim 8, Adibah Noor ada berkongsikan perasaan menerusi ciapan yang dibuat olehnya di Twitter.
Menurut penyanyi yang kini sudah berusia 51 tahun itu, beliau mengakui berasa gementar dan turut berkata sudah sekian lama tidak merasai perasaan seperti itu.
Tambahnya lagi, oleh kerana berasa terlalu gementar, ia sekaligus telah memberi gangguan terhadap pernafasan serta penyampaiannya.
Dear fans,
I was ok before my turn, sekali sampai atas tu nervous tahap gaban. ?
Lama dah tak rasa perasaan tu.
So ia telah mengacau pernafasan dan penyampaian saya.
So sorry ?I will try to do better next week.
Thank you for your love and kindness.
???
— ADIBAH NOOR ??? (@adibahnoor) November 21, 2021
Saya okay saja sebelum tiba masa saya untuk bernyanyi, sekali sampai atas tu nervous tahap gaban.
Dalam pada masa yang sama, penyanyi dan juga merupakan sebagai seorang pelakon itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada atas sokongan yang diberikan oleh peminatnya untuk beliau.
Pada minggu pertama Gegar Vaganza musim 8, pelakon drama Kampung People itu mendendangkan lagu yang disukai ramai iaitu Terlalu Istimewa secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan persembahannya itu telah menjadi tumpuan orang ramai yang menonton.