Kalau anda masih ingat, sekitar awal tahun ini, berita pernikahan Adib Khalid dan Izara Aishah hangat diperkatakan. Walaubagaimanapun, pada waktu tersebut, Izara tidak mahu memberikan komen lanjut mengenainya kerana belum ada perbincangan ataupun kepastian tentang perkahwinan.
Terbaru, Adib nampaknya enggan lagi berselindung mengenai perancangan perkahwinannya dan mengesahkan beliau dan Izara bakal bernikah pada tahun ini.
Ya, kami akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut. Insya-Allah kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, saya akan menghebahkannya kepada semua. Kami masih dalam perbincangan. Apabila tiba masanya, saya akan kongsikan berita gembira ini.
Kalau tuan empunya badan sudah mengesahkan berita gembira tersebut, kami pasti sedikit masa lagi Adib dan Izara akan berkongsi tarikh sebenar majlis raja sehari mereka. Tentunya berita ini membuatkan peminat pasangan ini merasa teruja. Semoga perancangan mereka berdua untuk ke jinjang pelamin akan dipermudahkan.