October 17th, 2016

Meskipun sudah bergelar Haji dan menguruskan agensi umrah, pelakon Adi Putra mempunyai prinsipnya sendiri dan enggan ambil peduli dengan tanggapan orang ramai apabila beliau akui tidak kisah untuk melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.

Menurut Adi, babak bersentuhan sememangnya tidak dilarang oleh  tidak dilarang oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), berbeza dengan mencium dahi.

Tiada istilah terpaksa. Apabila berlakon, terpulang pada kami. Kita hendak sentuh, kita sentuh. Kalau kita tidak mahu sentuh, jangan sentuhlah.

Tidak ada [batas], cuma semasa drama ‘Cinta Si Wedding Planner’ orang tidak nampak bersentuh.

Adi masih lagi dengan perniagaan agensi umrahnya iaitu Hadid Travel & Tours sejak tiga tahun lalu, selain masih terus aktif dalam dunia lakonan.

Tepuk dada tanya selera, setiap orang mempunyai pandangan berbeza dalam sesuatu perkara . Buatlah apa yang anda rasa selesa asalkan ia tidak menyinggung mana-mana pihak ataupun mencetuskan kontroversi.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE


Comments are closed.

Loading...