Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Adi Putra Sebak Bila Anak Istimewa Baca Doa Di Hari Jadi, Bergenang Air Mata

Pelakon lelaki popular, Adi Putra baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-40. Diraikan dalam serba sederhana, Adi Putra meluahkan rasa sebak apabila anak istimewanya yang tidak dapat mendengar dan bercakap membacakan doa di sambutan tersebut.

Advertisement

Jelas Adi Putra lagi, tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukur menerima hadiah berupa ‘doa’ yang tidak dapat dibeli di mana-mana.

Saya sangat sebak bila putri saya Zara Adelia yang tak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa selamat buat hari jadi saya. Allahu, bergenang air mata saya. Allah saja yang tahu. Inilah hadiah paling cukup istimewa yang tak dapat beli di mana-mana.

Terima kasih isteriku, az-zahra, nani, yang meraikan ulang tahun ku ke 40 tahun. Perasaan sangat bersyukur yang pernah di pesan Habib Ali Zaenal Abidin.
#taatpadayangsatu
#adpfamily

Advertisement

Menerusi video pendek yang dimuat naik, pelakon ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ ini dilihat memegang sebiji kek di samping isteri dan anak-anak. Walaupun hanya meniup lilin, sambutan ini pasti bermakna apabila bersama keluarga tersayang.

Di Instagram, video yang dimuat naik mendapat lebih 200k tontonan dan 800k komen. Rata-rata mendoakan kesejahteraan buat keluarga kecil ini.

SUMBER : Adi Putra
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    February 26, 2021 at 3:47 pm

    jap3. ape kes skandal adip aritu? jd ke bini ke dua?

Loading...
To Top