February 7th, 2017

Selepas beberapa cerita panas termasuk episod keguguran yang dirahsiakan oleh Adi Putra dan isteri keduanya, Norshahida, timbul dakwaan terbaru mengatakan mereka sudah berpisah.

Namun, Adi memberitahu rumah tangganya tidak mempunyai sebarang masalah dan hubugannya bersama kedua-dua isterinya masih baik.

Dalam dunia seni, bukan sesuatu yang mustahil adanya perasaan dengki dan fitnah. Cuma, macam mana kita hendak menghadapinya? Hubungan dengan isteri-isteri saya masih baik dan kami menjalani kehidupan seperti biasa. Komunikasi sangat penting dalam perhubungan dan sebagai isteri, mereka perlu tahu kepentingannya bagi mengelakkan sebarang masalah.

Berbicara soal anak, Adi menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah SWT dan redha beliau belum dikurniakan rezeki untuk memiliki zuriat sendiri.

Kalau sudah ditakdirkan belum rezeki saya untuk memiliki zuriat sendiri, saya kena redha dan tidak boleh menolak ketentuan Tuhan.

Harapnya kebahagiaan rumah tangga Adi Putra dan isteri-isterinya kekal sehingga akhir hayat. Jangan berputus asa berdoa dan berusaha untuk dikurniakan cahaya mata, inshaAllah ada rezeki tu..

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...