August 19th, 2013

Terkejut ungka Abang Nara dibuatnya apabila mendapat informasi daripada seorang pembaca BeautifulNara di Facebook. Mana tidaknya, pelakon popular Adi Putra telah pun dimasukkan ke hospital. Nampak gaya macam serius sebab kena naik ambulan. Takut pula Abang Nara melihatnya.

adi putra sakit

Namun begitu, tidak pula dikongsi apakah sakit yang dialami oleh Adi Putra. Gambar-gambar ini telah dikongsi oleh isteri Adi sendiri. Dalam salah satu gambar, kelihatan Adi berbaring di katil hospital sambil ditemani oleh anaknya.

adi putra sakit

Kepada peminat Adi Putra, jangn risau kerana keadaannya kini sudah pun beransur pulih. Menerusi akaun Twitternya, Adi mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakannya.

adi putra sakit

Semoga Adi Putra lekas sembuh sepenuhnya dan dapat keluar daripada hospital secepat mungkin. Mungkin Adi perlu berehat sebentar dan jangan bekerja terlalu keras. Pentingkan kesihatan. Sama-samalah kita doakan.


Comments are closed.

Loading...