Umum mengetahui Adi Putra menyatakan beliau sudah tidak ada kena mengena dengan kedua-dua isterinya lagi. Kenyataan itu dibuat susulan berita dimana Adi dikatakan sudah memfailkan penceraian terhadap isteri pertamanya Aida Yusof pada 3 Mac lepas.
Sepatutnya hari ini merupakan sebutan kali kedua bagi permohonan cerai terhadap isteri pertamanya. Namun, Adi gagal untuk menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi tadi.
Berikutan kegagalan itu, sebutan kes tersebut ditangguhkan kepada satu tarikh baru yang akan ditetapkan kemudian. Mengikut sumber mahkamah, kes Adi sepatutnya disebut di depan Hakim bertugas, Tuan Izzat Syazli Mushid sekitar pukul 9.30 pagi.
Tarikh bagi kes yang sama akan ditetapkan pihak Hakim pada satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian selepas perbincangan antara pihak mahkamah dan Adi kelak. Sebelum ini sebutan pertama kes perceraian Plaintiff ditangguhkan sekitar Mac lalu.