Susulan keluhan peminat Adi Putra yang mempertikaikan jumlah undian yang diterima oleh pelakon ini di ABPBH2012, empunya badan telah memaklumkan yang dia enggan lagi dicalonkan di dalam ABPBH untuk menjaga hati peminatnya.
Berkata kepada portal GUA, Adi Putra memberitahu langkah ini diambil untuk mengurangkan pertikaian akibat pengiraan undi. Kata Adi Putra:-
Saya tidak ada apa-apa komen kerana itu merupakan keputusan yang telah saya buat. Dapat dilihat di Twitter ramai yang mempertikaikan jumlah undian ABPBH 2012 dan saya mengambil pendekatan ini untuk mengurangkan pertikaian
Ini sebenarnya satu langkah yang bijak juga. Daripada setiap tahun terus menerus timbul rasa tidak puas hati, lebih baik tak tercalon terus. Apa pun, rezeki di tangan Allah. Jadi mana tahu satu hari nanti Adi Putra terbuka hati untuk dicalonkan kembali dan tiba-tiba menang pulak. Siapa tahu kan?