Adi Putra Diserang Sakit Belakang Slipped Disc

Hiburan

Adi Putra Diserang Sakit Belakang Slipped Disc

Pelakon pujaan ramai, Adi Putra telah dikejarkan ke hospital  selepas diserang sakit urat pada bahagian tulang belakang ketika sedang sibuk membuat promosi bagi filem terbarunya Isyarat Cinta pada malam semalam.

Adi Putra kini sedang berada di wad Prince Court Medical Centre kerana disyaki menghidapi Slipped Disc dimana salah satu cakera pada bahagian tulang belakang telah teranjak daripada kedudukan asalnya.

Advertisement

Saya diserang sakit belakang ketika pertengahan majlis promosi Isyarat Cinta dan terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ke hospital.

Selepas diberikan suntikan tahan sakit, saya ditahan di wad kerana doktor mengesyaki berlaku slipped disc.

Saya tidak pasti berapa hari akan ditahan di hospital kerana beberapa siri rawatan akan saya lalui hari ini, termasuklah menjalani imbasan Pengimejan Magnetik Resonans (MRI).

Mungkin sahaja Adi Putra sudah kerja terlalu kuat dan kini sudah tiba masa untuk beliau berehat sebentar dan menjalani pemulihan buat sakitnya itu. Slipped Disc ini kita tidak boleh jangka bila ia akan menyerang dan selepas ini tidak boleh melakukan pekerjaan yang berat-berat atau ekstrem.

Sumber Berita: Berita Harian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...